Showing posts with label cuti skolah. Show all posts
Showing posts with label cuti skolah. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

Cuti : Kelantan lagi...


Cuti sekolah kali ini, kami sekeluarga pergi Kelantan lagi. Bulan 3 hari tu, dah pergi Kelantan dan Terengganu. 

Sebenarnya, kewangan tak mencukupi. Rumah lebih memerlukannya. Tapi memandangkan saya sangat keletihan sejak sebelum Ramadhan lagi, jadi, saya nak jugak reward untuk saya dan keluarga. Bak kata orang "gamble" aje la. Kami memilih Kelantan kerana di sana banyak makanan sedap-sedap. 

Kiranya, tujuan utama kami ke Kelantan adalah untuk makan. Memang makan sungguh. Lihat gambar di atas, itu sebahagian, yg lain sampai terlupa nak ambil gambar. Nasi kerabu dan nasi dagang, mmg akan dicari dulu. Sate perut ayam, etok, ayam percik dekat simpang/roundabout nak ke Pasir Mas tu, nasi ulam cikgu antara yang kami cari. Yang lain kami redah aje mana-mana kedai yang kami nampak macam ramai orang. Alhamdulillah, mana yang kami cuba, tidak mengecewakan. Nasi kerabu dan nasi dagang tak sama rasa dengan yang kat Penang. 

Gambar sate kat atas yang melintang tu, sebenarnya, satu sate kulit ayam, satu sate lokan, dan satu lagi kerang. Try and error ja tu. En. Jun memang tahu wife dia suka makan....Tak payah bagitau, mmg dia cari...

Kami singgah Rantau Panjang sekejap, just round buat syarat, beli la jugak, Levis utk En. Jun, Baju tidur untuk saya dan anak-anak. Kemudian kami terus ke KB, ronda, makan dan bila pukul 2, terus check in. Berehat sekejap, dan keluar semula jam 4.30 ptg. 

Kita hanya merancang, Allah jua menentukan. Hujan sangat lebat selepas kami keluar. Sampai nak tengok kedai pun tak nampak. Kami ronda cari kedai lampu dan jubin. Hiiihii...misi mencari kot-kot dapat murah. Itu misi kedua kami ke Kelantan. Cari barang rumah. Kami sempat pergi Jakel (Saleem Aziz), misi mencari langsir. Tapi tak ada yang berkenan. Mencari jubin untuk diletakkan pada bahagian dapur. Hod and hop tu. Tak berapa berkenan. White Horse Seberang Jaya kami dah aim. Jadi ambil keputusan, cari kat Penang. 

Kami juga terjah kedai lighting. Alhamdulillah, misi berjaya. Dapat beli lampu gantung untuk living hall. Kristal. Sebenarnya, lampu jenis ni kami dah aim nak beli kat Homemark Pongsu Seribu. Harga rm250++. Ada kedai rm280. Jenis dan bentuk sama. Jadi bila terjumpa di sana, kami dapat rm160 aje...Hehehee...suka, murah 100 tu. Terus ambil. Sebenarnya dia letak rm180. Bila tanya tak boleh kurang ke, dia kata tu dah offer. Kami terus ambil. Bila bayar dia bagi rm160. Sangat lah suka. Saya juga beli bola/batu kristal tu 10 biji. Harga sebiji rm5. Tanya di Penang, ada kedai rm30+, rm20, rm15. Huh. Beza sangat. Dari segi kualiti, sama. Saya berani kata sebab saya dah teliti dan belek-belek benda tu. 

Wakaf Che Yeh, kami tak pergi pun. Tak berhajat nak beli kain/tudung. Pasar Siti Kadijah pun sama. Entah berapa kali pusing (jalan one way kan), tapi kami tak singgah pun. Hanya lalu pergi tempat lain. 

Heheh...sempat melawat kawasan. Pengkalan Kubor. Saja melihat suasana di sana. Singgah kedai bebas cukai. Beli coklat aje. 

Sebelum balik kami makan puas-puas dulu, siap tapau.... 

Alhamdulillah, Berjaya bercuti dengan budget kurang dari rm500. Termasuk lampu dan barang lain yang dibeli. Cuma tolak hotel, sbb itu bayar sebelum pergi. Booking online.

Sebenarnya tak dapat berehat juga kan, Mesti penat. Almaklum, kami pergi 2 hari aje. 

Bertolak dari Jeli pukul 7.00mlm. Sangat menakutkan. Kabus yang sangat tebal. Mujur kami follow Land Rover. Berharap pada lampu keretanya yang banyak spotlight. Itu pun, sangat perlahan. Kabus sangat tebal.


Tuesday, March 26, 2013

Cuti Sekolah : Ikut papa main bowling@Pacific Perai

Ahad : anak-anak (semestinya +umi) ikut papa main bowling

Si kembar
Papa


Pencatat markah





radziah AR

Monday, February 11, 2013

Kampungku Indah mendamaikan

Bersiaran dari kampung.

Indah kehidupan di kampung. Tenang, damai, aman, sejuk.

Tambahan pula, sekarang ini musim "angin timur". Angin yang agak kuat. Bestnya duduk di bawah pokok sambil berbual-bual. Cuma, angin ini membawa sedikit haba panas. Almaklum, sekarang musim kering atau musim kemarau. Sawah padi pun kosong. Padi dah dituai, tinggal orang membakar jerami. Lopak yang kebiasaan berair pun, banyak yang kering. 

Kalau dulu, sawah padi, jadi padang bola (anak remaja, main bola di petak sawah). Jerami habis dipijak, dilanyak oleh anak-anak yang menjadikan sawah padi sebagai tempat permainan. Padang bola. Hah...mainlah sepuas-puasnya. Jangan balik lebih dari pukul 7.00 sudah. Kalau tak, siap kena marah dengan mak.

Oh, rindunya zaman kanak-kanak dahulu. 

Tika waktu begini juga, pasti setiap petang akan bermain 'tuju tin' (anak-anak sekolah rendah), susun tin-tin susu yang kosong, atur setinggi tiga atau empat tingkat. Bola pula, ambil keketul batu yang sedang, balut dengan kertas banyak-banyak dan akhirnya di balut dengan plastik, agar jatuh dalam parit, masih boleh digunakan. Gumpalan bola sebesar genggaman tangan. Nah, siapa yang terkena, pasti akan mengeliat punya....sakit....(dulu semua nak geng dengan On (rakan sepermainan), sebab, kalau dia bantai (baling), kena mengeliat...kuat balingannya....jadi bila geng dengan dia, pastilah tidak kena...geng lawan yang kena....hahhaa.....siapa On, rakan sepermainan atau sekampung pasti tahu siapa On.)

Atau musim kering seperti ini juga mengorek tanah buat lubang congkak. Biasa bawah pokok la. Habis alu mak, kami gunakan. Tumbuk nak bagi lubang tu jadi bulat cantik. Kenal tak kalian dengan alu? Ala batang kayu yang digunakan untuk menumbuk tu. Biasa mak guna alu nak menumbuk beras bagi hancur. Nak buat kuih. Kemanakah alu di rumah ini menghilang? Sayangnya....

Rindunya saya dengan kehidupan di kampung. Masa tidak akan berpatah balik. 

Sesungguhnya saya amat rindu dengan kehidupan kampung yang dulu. Masa juga berjalan terasa lambat. Selepas makan tengahari, pasti kena tidur dulu. Pukul 4.00 baru bangun. Masa untuk main.... Kalau tak tidur, terasa sangat lambatnya nak petang atau nak malam. 

Musim orang ambil padi, seronoknya mengerat/memotong batang padi buat serunai.... banyak pepatung dan belalang berterbangan. Sekarang, pepatung dah tak nampak pun di kawasan sawah padi. Bila tiba musim patung banyak, ambil daun nyoq (kelapa), raut bagi tinggal lidi, dan kat hujung lidi salutkan getah pokok nangka. Kalau sedikit jahat, korek buah nangka tu, bagi keluar getah. Diam-diam perhati patung, sua atau halakan hujung lidi bagi kena pepatung. Nah dah kena...kumpul patung. Kalau dapat patung warna merah dan biru lagi seronok. Cantik.

Oh...saya sangat rindu.....

radziah AR

Sunday, December 30, 2012

Destinasi makan : Pulau Aman

Sekali lagi makan pagi merangkap makan tengahari di Pulau Aman. 
Ingin menikmati keenakan udang lipan!

jom....


Sekilo ketam. Tak besar sangat. Yg sebelum ini lagi besar. Udang lipan tiada. Ketam pun jadilah...
Sedang tulis order...borang dan pensel disediakan.
Ketam ni nak bawa balik utk Pakcik & Makcik. 2 ekor. Lagi 4, kami stim.
Mee hanya ada 2 ekor udang aje....selalu 4@5. Rupanya, udang kekurangan stok. Lepas tghari baru udang dihantar oleh nelayan ke restoran ini.
Hammer disediakan...hahhahaa...ketuk adik kakak
Tiram

On the way turun bukit dari Jetty Batu Musang. Cantik jugak pemandangan!
Hari ni kami balik pukul 2.++pm. Sebab menunggu udang lipan dihantar nelayan. Tapi tak dapat sbb ada sikit aje..org lain dah ambik dulu...Selalu pukul 10am pergi, 12pm balik. Beli udang sahaja bawa balik rumah. Kebetulan adik nak dtg, petang ni boleh masak!

orang memang terlalu ramai hari ini

Dah pernah pergi Pulau Aman? Silalah pergi....

radziah AR

Cuti Sekolah : Bermalam di Rainbow Paradise Hotel

Hari Isnin yang lps, saya membawa anak-anak bermalam di Rainbow Paradise Hotel, Tanjung bungah. Memang bercadang utk final cuti sblm sekolah bermula. Mulanya nak stay this week. Tiba-tiba mlm tu En. Jun call dari tempat kerja, bertanya nak tengok bola tak kat stadium. Kami mmg berhajat nak bawa anak-anak tengok bola. Nak bagi mereka merasai / ada pengalaman tengok bola. Kebetulan, malam selasa ada perlawanan persahabatan antara Penang dengan Kelantan. Jadi En. Jun srh tgk hotel ada @ tidak. So bab google ni mmg kerja saya. Dapat book hotel rumah kedua kami (haha...saya gelar rumah kedua sbb tiap tahun kami akan bermalam di sini tanpa jemu). Itupun, bilik last.


On the way balik, kami janji dgn adik/adik ipar (saya tak suka guna perkataan adik ipar sbb seolah ada jurang, sedangkan adik ipar dah jadi keluarga/adik sendiri...). Mereka tunggu di Padang Kota Lama. Pastu kami ronda 1st Avanue & Queensbay.

Nak balik, singgah makan sate Ah Basri buat kali kedua...



.....letih...

radziah AR

Saturday, December 22, 2012

Cuti Sekolah : Pengalaman baru untuk anak-anak.

Pengembaraan yang sangat mengujakan!


Dari Butterworth ke Alor Setar
Gerabak berwarna purple....same colour dgn anak-anak la plak.... 


Selesa! orang tak ramai. Ada pelancung asing + beberapa family Chinese,  dan mamaks. Rupanya, ada yg naik dari Butterworth ke Bukit Mertajam (BM). Dan seorang berketurunan India tu, naik tak bayar pun. Bila konduktor keretapi minta tiket, katanya mana boleh naik tak ada tiket, terus dia kata bayar atas train boleh?! Hahahha.... free naiknya. Nak suruh turun macam tak logik plak kan...mana ada keretapi berhenti tanpa sbb musabab. Atas sebab tidak ramai, anak-anak pun buat keretapi sendiri la.... duduk dan lari mana diaorang suka. bebas. kejap duduk kiri, kejab kanan, panjat & etc. 



Anak-anak bawa bag pack sendiri. Ada botol susu, botol air masing dan tuala kecil. Hahaha...beg cap Tune aje. Ala yg dapat bila check in tune hotel. En. Jun bawa 1 bagpack berisi baju kami semua setiap sorang 3 pasang. Baju malam, baju pakai pagi dan baju balik serta tuala 1 utk anak-anak dan 1 utk umi dan papa. Juga etc! dan saya sudah pasti 1 handbag & bag DSLR. Perjalanan yang betul-betul relaks!



Kan! dah mula memanjat. Sebenarnya itu tangga untuk tempat tidur kat atas. Sebab siang, tempat atas di angkat/tolak tanpa menggunakannya (nampak tak ada benda yg melengkung tu. Itu kalau tarik kebawah, akan jadi tingkat.


Stesyen pertama -> BM. Selepas keretapi bergerak, ia melalui Kuala Perai, Kg Jawa dan seterusnya hadapan rmh kami (seberang jalan) iaitu Jalan Baru. Anak-anak berkata, itu rumah kita! (kawasan aje). Macam patah balik la pulak.Yelah...dah nampak rumah plak.


Amboi papa.... mentang-mentang org tak ramai, suka suki ye kaki tu....

Kakak Iman sedang menikmati pemandangan sambil diberi penerangan dan soalan oleh umi.

Umi : "Itu ladang kelapa sawit kakak. tahu tak sawit untuk apa?"
Kakak : "Untuk ambil minyak, buat sabun dan minyak masak". (Terkejut juga saya dgn jawapannya, dan terus bertanya....
Umi : "Tahu mana? betul ke?" (saya uji).
Kakak : "Teacher dah ajar kat sekolah time science". 
Umi : Ooooo.....


Sangat cantik dan tenang
Ketika berselisih dgn keretapi barang.
Laju. Kat sini semak samun yg banyak (Area Sungai Petani)
Ladang Getah kakak tahu? Ala.....macam tempat korban tu kan?. Pandai pun! Getah buat apa? Entah... Umi : bla..bla.. beri penerangan!
Selari dengan highway dari Pendang ke Alor Setar!

Inilah gerabak purple tu. Gerabak Siam.

Gerabak ini meneruskan perjalanan ke Utara & Thailand. Hanya 2 gerabak dan 1 kepala, so 3 gerabak sahaja berjalan. Gambar pertama di atas ada gerabak Malaysia kan. Itu bergerak lebih awal iaitu pukul 2 petang. 

Perjalanan kami sepatutnya mula 2.20 petang (waktu keretapi dari Bagan/Butterworth ke Utara ~setiap hari), tetapi delay. Pukul 3 petang baru bergerak. Jenuh jemu menunggu nak bergerak, mujur dari awal lagi dah boleh masuk ke dalam gerabak kerana gerabak dah ada di platform. Lebih kurang pukul 5.10 petang dah sampai AS. 2 jam perjalanan. Itupun 4 kali berhenti (stesyen BM, Tasik Gelugor, SP & Gurun) menurunkan penumpang dan ada yang naik. 

Kat SP, ramainya naik, sampai penuh tempat duduk. Sungguh jakun saya kerana orang Kedah ada yang menggunakan keretapi. Tak ku sangka. Ramai pelajar (may be UUM), dan juga keluarga melayu. Tak pernah terfikir saya hendak menggunakan keretapi. Contohnya dari SP ke AS ke. Maaflah. Saya ingatkan pengangkutan ini hanya digunakan oleh mereka yang berada di pendalaman sahaja. (KL tu lain ye). Sebab tu tak sangka ada orang Kedah / ramai yang naik semasa di stesyen SP. Mereka turun di Gurun, AS dan seterusnya.

Perjalanan yang sangat menenangkan. Sepanjang perjalanan, tak terasa langsung tekanan seperti naik kereta ~terhenti di traffic light, mengelak kereta mencelah tiba-tiba, dll. Lagi seronok bila melalui rel yg baru. Tenang dan lancar aje. Macam tak perlu fikir apa-apa. Betul-betul relaks!


Stesyen keretapi Alor Setar yang klasik!

Sangat seronok dan mengujakan. Hahaha...saya dan En Jun lebih teruja. Nuha tidur ketika 1/4 perjalanan dan Iman tidur selepas melepasi SP.

Perjalanan ini dirancang ketika bermulanya cuti sekolah. Ingin membawa anak-anak menaiki keretapi dan bas. Mereka asyik sebut nak naik keretapi dan bas. (LRT, Monorel kat KL tu mereka biasa naik bila setiap kali ke sana). Pada mulanya, kami pun tak tahu waktu mana ada perjalanan keretapi. Jadi kami bertanya di stesyen Bagan. Dari Bagan ke Utara, akan bertolak pukul 2.20 petang setiap hari. 

Ohhh...lupa pula nak bercerita. Kami ke Bagan dihantar oleh sahabat En. Jun. Takut pulak nak tinggalkan kereta di Jetty tu. Kami bertolak kira-kira pukul 1.30 petang selepas saya dan anak-anak balik dari sekolah. Sempat mandi secara tergesa. 

Perjalanan kami ke Alor Setar dinanti oleh kakak saya iaitu MakNdak diaorang. MakNdak tinggal di AS. Jadi kami bermalam di rumah mereka. (Iman & Nuha ponteng sekolah hari ini). Petang tadi, kami pulang ke Penang menaiki bas pula. Iman tidak tidur langsung kerana seronok sangat naik bas. Katanya, kereta semua jadi kecil. Dah dia duduk tempat tinggi...khikhiiii... kakak...kakak.... Tiket bas RM9.80 dewasa & RM3.80 kanak-kanak. Bas Transnasional 3 seat sebaris. Selesa. Naik bas jam 5.40 petang, tiba di Jetty pukul 7.10 petang. Lepas tu ambil bas rapid ke BM yang melalui Jalan Baru. Selamat sampai ke rumah tepat jam 8.00 malam. Tapi sebelum tu, kena le jalan sikit 1/2 km utk sampai ke rumah (masuk dalam Taman). 


 MakNadak, abang Afnan & kak Auni yg menghantar kakak Iman & Nuha naik bas.


Iman di dalam bas, sebelum bas bergerak.

Perjalanan yang menggembirakan kami semua. Anak-anak dapat merasai naik keretapi dan bas. Adakah anak-anak kalian pernah naik kedua-duanya? Keretapi KL tu, may be biasa bagi sesiapa. Harap pengalaman dan ilmu yg mereka dapat dapat membantu perkembangan tumbesaran anak-anak.

Kredit kepada kakak saya dan anak-anak kerana menyambut kedatangan kami. Terika kasih banyak!

Anak kakak saya pun dah siap ajak mak dia naik keretapi juga. Dia pun tak pernah naik. Hahahaa... 


Radziah AR