Sunday, June 3, 2018

Ramadan 2018

Hari ini hari yg ke-18 kita berpuasa. Dah tak berapa hari lagi. Kena kuatkan semangat dan cari masa yg ada utk memperbanyakkan ibadah. kerja harian pun ibadah, ini ibadah yg lebih fokus pada ilahi. Atau sebetulnya, perlu curi masa yg ada. Dalam hal kerja, tak pernah habis. 
Paper utk marking ada lagi 3 kelas. Dah habis 4 kelas dan siap isi SAPs. Lagi 3 ni mesti habiskan minggu ni. Kalau tidak, bertangguhlah sampai dateline. Insyaallah, setakat ni tak pernah sampai saat akhir. 
Mula cuti ni, nak buat baju, jahit langsir. Harap sempat. Baju raya dah ada, saja nak buat, kain yg dibeli masih ada dirumah beberapa pasang. Belum beri pada tailor. So kita buat sendiri. 


Monday, May 28, 2018

2018

berhajat nak menulis diari ni semula. utk kenangan dan memori hari tua.

"
#familyadhwa

Friday, December 2, 2016

Semangat....

Dengan harapan, kembali aktif dan dapat mencoret sedikit memori di dalam diari terbuka ini, untuk tatapan anak cucu di kemudian hari....amiiinnnn

Kesibukan bukan penghalang andai hendak seribu daya...kan...kan...

Tuesday, December 15, 2015

2015 : Cuti2 Malaysia - KL (sambungan)

Melakar kembali memori cuti-cuti Malaysia. Lepas check in, kami terus menuju Medan Mara dan naik bas Hop On Hop Off tu. Sayangnya tiket berharga rm19 (dewasa) terpaksa kami beli. saya mmg tahu tentang offer dlm online...kena daftar dan dapat tiket harga rm5 shj. Sehari sblm ke KL, cuba, tp tak dpt...driver tu sangat baik, siap bagitau...dan info tentang tiket 24hours ni. Saya tahu sikit2 je sbb dah study kat blog2...








Best la naik bas ni...seriau pun ada, time dia lalu jalan2 sempit area Bukit Bintang (kot)...macam nak kena langgar je kereta tepi... yang pasti banyak tempat boleh nampak secara jelas....

Kami sampai KLCC, tapi sebab awal lagi, kami tak turun di situ...meneruskan perjalanan... Kami turun di KL Sentral. Ambil LRT terus ke KLCC. Iman nak tengok show air warna warni tu...





Esoknya, kami ke KLCC lagi. 8.30 dah sampai. Hahaha...nak masuk awal Petrosains...



Dari KLCC, kami naik bas Hop On Hop Off sekali lagi....dah tiket 24 hours kan... time tu dalam pukul 2pm... Save budget la... last kami turun semula di Medan Mara semula...dapat satu pusingan...
berbaloi...anak-anak siap buat video...



Singgah makan sate kajang di Medan Mara. Shopping kat Sogo. Pastu jalan-jalan Pasar Malam Jalan TAR. Tapi dah letih seharian...terus naik bilik...malas nak jalan bagai...mengantuk...padahal pergi KL dah set nak pusing Pasar Malam...ermmm Pasar Malam kemana, shopping kemana...janji bantal....


Last day kami ambil teksi ke Planetarium Negara & Muzium. Balik singgah makan sate Kajang lagi sekali, dan jalan-jalan cari barang sekitar jalan Tar. Check out pukul 5.00pm. (dah bagitau Hotel utk check out lambat dan tambah rm100 utk itu). Terus ke KL Sentral dan ETS bertolak jam 6.30pm.







Percutian lebih kepada anak-anak...Dulu bawa mrk ke tempat-tempat tersebut tak faham lagi...sekarang bolehlah...banyak soalan...tak terjawab... 

Kata mereka seronok bercuti...nak pergi lagi...sblm tu minta tak nak balik lg...merayu mohon sambung cuti...mana boleh anak-anak... Pertama papa kerja, kedua, kalau tak balik lg, nnt nak balik dgn apa? Tiket ETS mesti dah tak ada....bukan naik kereta sendiri seperti selalu....mujur faham....

Semoga percutian yang menggembirakan mereka dan bermanfaat...

Balik saya paksa mereka buat karangan 'percutian saya ke KL'....hihiiii

Thursday, December 10, 2015

Illusion 3D Art Museum

Jalan-jalan kat Central Market. Tunjuk kepada anak-anak itu ini, Cerita itu ini...

Terjumpa Illusion 3D Art Museum (https://www.facebook.com/Illusion3DArtMuseum) .

Saya dan suami pun tak tahu ada Illusion 3D Art Museum  kat sini. Cuma kami tahu sekarang banyak tempat ada...bukan kat Penang aje....Anak-anak teruja nak masuk, 





















Kepada sesiapa yang belum pergi, bolehlah masuk ke muzium ni. Yang paling saya suka, tak crowded. Santai dan mudah bergambar. Kalau orang bederet tunggu dan tengok kita, mesti tak berapa best kan....

#cuti2malaysia

2015 : Cuti2 Malaysia - KL

Minggu pertama cuti sekolah 
Bawa anak-anak bercuti ke KL menaiki ETS Gold. 
Nak merasa menaiki keretapi laju....
review...ok...relaks,,,,
Sesiapa yang nak ketenangan yakni tidak perlu berpenat-penat nak memandu bagai....bolehlah cuba menaiki ETS ni. Dari Butterworth ke KL Sentral, 4 jam. Tepat pada waktunya...Tak payah serabut dengan kesesakan, memikir jalan mana arah tuju, tersilap jalan la...stress bab tu tak ada...(almaklum...kami kan tak mahir dlm KL) 

Kami pergi bawa bag-pack aje. masing2 bag tak penuh. tak sampai separuh.

Bertolak seawal 5.00am dr rumah, singgah makan kat Subaidah Seberang Jaya. Makan nasi terus...konon lapik perut....sampai Bagan elok2 azan subuh. Terus solat subuh di Stesyen Keretapi. dan tak lama kemudian, terus dibuka pagar turun ke Platform. Dalam 10 minit pukul 7. Keretapi bergerak tepat pukul 7.00am.

Sangat indah pemandangan pagi 

 Ada orang makan mee-maggi...dugaan konon lapar (sebenarnya dah lama saya tak benarkan anak-anak makan mee segera. saya teringin pun, kebalkan hati tak makan. Kat rumah memang tak beli la....)

Sampai KL Sentral, terus ambik LRT ke Pasar Seni....awal lg nak check in...jalan-jalan dulu kemudian baru check in, pukul 2.

to be continue....mcm la cerita best kan ...eh ...ada ka org baca...