Cuti sekolah kali ini, kami sekeluarga pergi Kelantan lagi. Bulan 3 hari tu, dah pergi Kelantan dan Terengganu.
Sebenarnya, kewangan tak mencukupi. Rumah lebih memerlukannya. Tapi memandangkan saya sangat keletihan sejak sebelum Ramadhan lagi, jadi, saya nak jugak reward untuk saya dan keluarga. Bak kata orang "gamble" aje la. Kami memilih Kelantan kerana di sana banyak makanan sedap-sedap.
Kiranya, tujuan utama kami ke Kelantan adalah untuk makan. Memang makan sungguh. Lihat gambar di atas, itu sebahagian, yg lain sampai terlupa nak ambil gambar. Nasi kerabu dan nasi dagang, mmg akan dicari dulu. Sate perut ayam, etok, ayam percik dekat simpang/roundabout nak ke Pasir Mas tu, nasi ulam cikgu antara yang kami cari. Yang lain kami redah aje mana-mana kedai yang kami nampak macam ramai orang. Alhamdulillah, mana yang kami cuba, tidak mengecewakan. Nasi kerabu dan nasi dagang tak sama rasa dengan yang kat Penang.
Gambar sate kat atas yang melintang tu, sebenarnya, satu sate kulit ayam, satu sate lokan, dan satu lagi kerang. Try and error ja tu. En. Jun memang tahu wife dia suka makan....Tak payah bagitau, mmg dia cari...
Kami singgah Rantau Panjang sekejap, just round buat syarat, beli la jugak, Levis utk En. Jun, Baju tidur untuk saya dan anak-anak. Kemudian kami terus ke KB, ronda, makan dan bila pukul 2, terus check in. Berehat sekejap, dan keluar semula jam 4.30 ptg.
Kita hanya merancang, Allah jua menentukan. Hujan sangat lebat selepas kami keluar. Sampai nak tengok kedai pun tak nampak. Kami ronda cari kedai lampu dan jubin. Hiiihii...misi mencari kot-kot dapat murah. Itu misi kedua kami ke Kelantan. Cari barang rumah. Kami sempat pergi Jakel (Saleem Aziz), misi mencari langsir. Tapi tak ada yang berkenan. Mencari jubin untuk diletakkan pada bahagian dapur. Hod and hop tu. Tak berapa berkenan. White Horse Seberang Jaya kami dah aim. Jadi ambil keputusan, cari kat Penang.
Kami juga terjah kedai lighting. Alhamdulillah, misi berjaya. Dapat beli lampu gantung untuk living hall. Kristal. Sebenarnya, lampu jenis ni kami dah aim nak beli kat Homemark Pongsu Seribu. Harga rm250++. Ada kedai rm280. Jenis dan bentuk sama. Jadi bila terjumpa di sana, kami dapat rm160 aje...Hehehee...suka, murah 100 tu. Terus ambil. Sebenarnya dia letak rm180. Bila tanya tak boleh kurang ke, dia kata tu dah offer. Kami terus ambil. Bila bayar dia bagi rm160. Sangat lah suka. Saya juga beli bola/batu kristal tu 10 biji. Harga sebiji rm5. Tanya di Penang, ada kedai rm30+, rm20, rm15. Huh. Beza sangat. Dari segi kualiti, sama. Saya berani kata sebab saya dah teliti dan belek-belek benda tu.
Wakaf Che Yeh, kami tak pergi pun. Tak berhajat nak beli kain/tudung. Pasar Siti Kadijah pun sama. Entah berapa kali pusing (jalan one way kan), tapi kami tak singgah pun. Hanya lalu pergi tempat lain.
Heheh...sempat melawat kawasan. Pengkalan Kubor. Saja melihat suasana di sana. Singgah kedai bebas cukai. Beli coklat aje.
Sebelum balik kami makan puas-puas dulu, siap tapau....
Alhamdulillah, Berjaya bercuti dengan budget kurang dari rm500. Termasuk lampu dan barang lain yang dibeli. Cuma tolak hotel, sbb itu bayar sebelum pergi. Booking online.
Sebenarnya tak dapat berehat juga kan, Mesti penat. Almaklum, kami pergi 2 hari aje.
Bertolak dari Jeli pukul 7.00mlm. Sangat menakutkan. Kabus yang sangat tebal. Mujur kami follow Land Rover. Berharap pada lampu keretanya yang banyak spotlight. Itu pun, sangat perlahan. Kabus sangat tebal.
No comments:
Post a Comment