Tuesday, August 26, 2014

Desa Sena : Cerita beli rumah

Salam kemerekaan untuk semua. Lama betul saya tak menulis. Cerita raya pun tak sempat nak tulis. Sekadar 1 post aje. 

Kali ini saya nak bercerita tentang rumah saya. Catatan kenangan di hari tua (sekarang pun tua sebenarnya...tak mengaku aje.... :p)

Syukur alhamulillah, hajat ingin menduduki rumah sendiri, in sya allah akan tercapai jua. Ramadhan yang lalu, lagi 4 hari nak menyambut hari lebaran, kami terima kunci yang ditunggu-tunggu...

boleh lihat pada link ini.

Setelah menunggu 8 tahun, yakni, sepanjang perkahwinan kami, baru kami dapat merasai kegembiraan mendapat kunci rumah. 
(kunci je pun....layan lah...orang tengah keciwi...ngeh3x...org lain dah berkurun pun duduk sendiri...)

Setelah hampir 2 tahun lebih mencari rumah dan tanah, akhirnya bertemu jodoh dengan Desa Sena. Cerita ini berkisar 2 tahun yang lalu. Kebetulan, saya dan suami pergi Bank Persatuan, untuk check saham yang ciput. Ternampak iklan rumah ni di TV bank. En. suami bertanya. Dan kemudian kami pergi ke tapak projek. 

Kebetulan fasa 2 baru dapat kunci. Tika itu, ramadhan 2012, ada yang sedang ubahsuai rumah. Belum ada yang masuk rumah baru. Agaknya mereka menunggu lepas raya...Kami masuk sebuah rumah yang tidak berkunci pagar (rupanya rumah milik pemaju-semestinya corner lot), tapi tak dapat masuk dalam kerana pintu berkunci. Macam ok je...kata hati...

Staff bank maklum pada kami, rumah sama dengan fasa 2, cuma ubah sikit-sikit.  Tu yang kami pergi tengok.

Kami pusing-pusing dan ternampak beberapa rumah sedang diubah suai. Kami masuk rumah yang tidak berkunci. Juga masuk rumah yang ada orang sedang renovate ...naik sampai atas. En. suami berminat dengan dalamannya. Keluasan. Standard lah katanya.

Jadi En. Jun yang ber'ia' mahu beli rumah ni. Saya kurang minat sebab bukan di pusat bandar. Pilihan saya nak tinggal di bandar, semua kemudahan ada...tapi bila dia menyatakan, nak beli kat Bandar Perda atau Seberang Jaya, mana ada rumah baru. Dah berapa tahun tunggu, hanya naik rumah 2 tingkat kat Pauh Jaya harga rm300-600++ (tika itu). Mana mampu. Betul jugak. Ada teres 2 tingkat kat depan sekolah saya, tapi saya pula tidak berminat kerana tidak suka dengan kominiti dan suasana taman tersebut. Sangat sibuk, serabut dan banyak binatang peliharaan yang kita tidak boleh pegang tu. Faham kan maksud saya. 

Tanpa fikir panjang, kami terus berurusan dengan pihak yang berkenaan. Tika itu bertawakkal sahaja. Semua sedia maklum, kami ada kes rumah tak siap. Rumah Desaku yang telah dibeli selepas 5 bulan berkahwin, masih belum dapat hak milik sehingga hari ini. Itulah sebab 8 tahun menunggu untuk tinggal dirumah sendiri. Boleh baca link di sini.


Namun, jauh di sudut hati kecil kami, kami tetap menunggu dengan penuh harapan. Agar dapat mendiami rumah tersebut. 

Khabar terakhir kami dapat baru-baru ini, kemungkinan hujung tahun ini kami akan dapat kunci...rumah tersebut dalam progress akhir. Hanya doa dan harapan pada ilahi...yang maha berkuasa...Dia yang lebih mengetahui ...

Ini rumah Desa Sena (Kebetulan, rumah tak dapat duduk diberi nama Desaku, manakala yang dapat kunci ni bernama Desa Sena...kampung sungguh, dua-dua DESA...nampak sangat saya memang suka kampung.... )






Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah...



3 comments:

  1. IM suka kawasan yang separa kampung dan separa bandar.

    Macam IM tinggal kat Taman Guar Perahu. Terasa damai sebab boleh dengar bunyi keretapi, bunyi burung dan kabus setiap pagi...

    ReplyDelete
  2. Saya mmg suka kampung, tapi nak tinggal di bandar sbb nak kemudahan lebih...hihiii.... selalu akan ronda kampung kalau tak dak kerja...balik kg pun selalu ikut jalan biasa, tak ikut highway...biar jauh sikit, agar tempuh kampung ...padang serai- jeniang-gurun-guar chempedak- ...guar perahu mmg best. komuniti melayu... dulu nak beli rmh kat situ, tapi tak jadi....GB saya tinggal di situ....

    ReplyDelete
  3. Cantik rumah.. Saya ada beli juga..Tapi atas orang di Seberang Jaya. Rasa x sabar nak renovate,,hehe,,

    ReplyDelete