Wednesday, December 15, 2010

mana yg betul??????

Mana 1 yg betul? impian kan jadi kenyataan @ impian hanyalah angan2...

sebab entry ini dicatatkan : projek rumah xsiap......(GERAM BETUL....HAMPA)
kami (kz & en. jun) membeli rumah di Taman Desaku, Padang Meiha, Kulim...2006, slps 3 bln kahwin...planning our family, nak jimatkan duit dr menyewa, baik terus beli rmh...lgpun nak tunggu apa lg, baiklah beli rmhkan...sebab beli disana...
1. Kulim...En.Jun keje sana, dia bukan jenis boleh mntak tukar, melainkan berenti keje, cari lain...kz, boleh mntak tukar...so, sepakatan, this...
2. Taman Desaku ni tepi highway Butterworth-Kulim-Baling-Pantai Timur. Senang kz nak p skolah, nak ke care4, tesco (masa tu blm ada lg), or any place in Seberang Perai, dekat...sama ja minit nak ke Pekan Kulim (sbb Kulim masuk dalam lak dr highway). Bagi kami, lebih dekat disini dr any taman dlm pekan Kulim...
3. Rumah ni rumah sebuah...Single storey...ada tanah kiri kanan...ini yg kzie nak, lgpun kami bukan ada duit nak beli banyak2 kali.
4. Paling penting, harga yg kami mampu...
masa kami beli, cepatnya projek ni berjalan...target mrk, des boleh duduk...masa berlalu, sebenarnya bln 6 deal (comform) nak beli, itu ini, nov baru km sign aggrement...lambatkan...ada sbbnya nnt...yg dibawah....

Entah kenapa malang nasib kami, dari Des ke awal tahun, akhir thn, awal thn, hujung tahun, paling lewat awal tahun @ tgh bulan 6, hujung tahun lagi, sampailah sekarang, projek itu belum siap....2006-2010...
kawan2 kata, benda yg kita xtau, nasib la terjadi begini....
Duedate aggrement pun dah tamat....(kan 2 thn ja aggrement)...mcm2, dipanggil perjumpaan, pergi, xdak apapun, perjumpaan lg, konon dgn YB, pun xbergerak... tahun ni je nmpk skt hasilnya....kami telah ada persatuan pembeli Desaku...dan org2 atas ni la yg uruskan segala urusan....dah report sana sini, ttp lagu tu juga....
projek terbengkalai? oh tidak...sbb dah report pada kementerian perumahan yg bahagian rmh terbengkalai tu, mereka tidak dpt berbuat apa2, selagi ada pekerja...ada pekerja? ya, bijak betul ECK, mereka ttp menempatkan pekerja membuat rumah2 tersebut. anda tahu? hanya 3 org pekerja, sbb 3 org ini membuatkan "Perumahan" tidak dapat mengambil tindakan...menyatakan terbengkalai...so skrg declare projek LEMBAB...
Mula jd begini, diceritakan dari mulut ke mulut, sbb ECK buat skolah di Baling, time tu economy down, so xdpt rolling...lps tu bila ditanya, mcm2 jwpn....
memang "bengkek"&"bara" lah...alasan terkini yg saya dpt, sbb mereka rugi sbb jual rmh tu murah...mak aiiii, walaupun melayu, ramai dah berfikiran terbuka skrg...org kampung zaman dulu boleh la nak tipu...hrga yg mereka ltk, dah pasti sesuai waktu itu....
sebut melayu ni...
Ini lak alkisah....pembeli keturunan cina dah jual semua rmh mereka pada ECK semula...biasa la, mereka kalau dah terbengkalai ni, mmg xnak dah....mereka xpa la sbb duit banyak, rugi sikit xkisah...kzie...takut rugi, sbb kalau jual semula pada ECK, harga jatuh, siap kena bayar balik pada bank...nak cari mana duit, duit yg dah labur, hangus begitu aje...
Sampai sekarang ECK banyak dolak dalik...janji tinggal janji...bila buat perjumpaan, ECK punya datok xturun pun... last year, suruh sign surat hak milik tanah (sbb rumah ni rmh sebuah, ada dua perjanjian : 1 utk rmh, 1 utk tanah) jadi, kami pun sign utk dpt tanah, padahal sampai hr ni xnmpk 1pun habuk....xkan ECK xdak duit nak hantar...kena tipu lagi...mengelabui mata pembeli...
Skrg : Des 2010...bergerak la sikit projek tu...konon pacak tiang, tanam kabel dalam tanah...semua utk mengelabui mata...buatlah sampai siap...
Lagi satu baru2 ini ECK call srh p tandatangan surat memberi kebenaran pada ECK utk menyiapkan rmh... beri kebenaran apa? bukankah kami membeli rmh itu dr ECK, so ECK memang wajib menyiapkan rmh tersebut...habis slama ini....????? kami faham, dulu ECK sub kat kontraktor lain, xkisah lah apapun, pasti tgjwp ECK memastikan org yg bertanggungjawab, perlu menyiapkannya, sub p lah kat sapa pun.....
kenapa kami mesti tandatangan utk siapkan rmh? habis perjanjian dulu xlaku? surat jual beli bukti.....
dan diberitakan dari mulut ke mulut juga, sesiapa yg menandatangani surat itu, kemungkinan tidak akan mendapat 10% sbb rmh xsiap. Logik juga sbb memberi kebenaran mereka menyiapkan apa yg xsiap. (sebenarnya masa 1 perjumpaan tu, pihak ECK meminta kami pembeli tidak tidak meminta 10% sebab mrk nak siapkan projek, & sebagai jasa baik kami, kami boleh meminta apa sahaja pokok utk ditanam di depan rmh tepi jalan dan sekitarnya...pigi daaaaaa......pokok? konon nak manggga? p pasar malam @ pekan hari kat Kulim tu, sepokok pokok mangga @ manggis etc, lbh kurang RM10 je...mudahnya melayu kena tipu....(time ni dah jadi 2 kump. 1 yg tetap berdegil nak 10% termasuk kami dan 1 lagi yg xpa la xdpt pun, janji rmh siap)) Apapun kami dah xnak sign apa2 dah....berita terkini, ECK xdak lesen buat rmh tu? what...siapa dalang ni? bagaimana rmh tersebut boleh  buat? rupanya ada seorang kerabat yg dibela oleh ECK utk dpt projek...patut la leh buat rmh....xkisah lah ECK nak bagi dia berapa juta sekalipun utk dpt projek, tp pastikanlah rmh siap.
Kasihan kami jadi mangsa...
(kerabat itu=mentang lah berkuasa, tp ingat tuhan lebih berkuasa....tidak didunia, diakhirat yg kekal)

Bab sign aggrement, kenapa nov?sedangkan comform nak beli jun lagi : kami xtau, itu urusan bank,...rupanya mmg sengaja dilambatkan pun sbb boleh delay projek lepa....

Dulu, kami kerap pergi melihat rmh tersebut...( rmh kami ) dari kosong xda dinding sampai siap...sebenarnya rmh kami dah siap, tile dan tingkap dan pintu lengkap. Yang tidak siapnya adalah rmh2 dibahagian belakang yg masih belum diletakkan tile. (Semua rmh siap bentuk dan tembok, ttp dalamannya yg belum) malah tembok rmh kami pun dah bercat. overall yg xsiap adalah 30% kot @ 20%...bahagian rmh kami, lantai porch, dan jalan la...dulu kami masuk dan setiap kali itu ambil gambar...tapi sayang dan malang, semua gambar itu telah lenyap dek laptop dicuri rakan di sekolah...
sejak 2 thn ni, sejak rmh dah xsiap, pintu utama dijaga, sesiapapun xboleh masuk dah...tau takut org ambil gambar buat report...dan sejak itu kami meluat dah nak ambil tahu....sakit hati sbb RUMAH XSIAP
sedangkan projek ECK juga di Kepala Batas, lg lewat dr Padang Meiha, dah siap, Desa Aman yang 2 thn selepas itu buat pun dah duduk dah (kan Ust Syukri kan)
..........................................................................................................................................
kosong...
nak beli rmh lain, xda duit dan nak dpt loan banyak mana?
tension betul....
ni berita terkini...http://pkwr-merbaupulas.blogspot.com/

dari 3 bulan kawin sampai anak ke2 berumur 2thn 3bln skrg...

impian hanyala angan2....kosong...pause....

8 comments:

  1. Right here is the perfect site for anybody who wishes to
    understand this topic. You realize a whole lot its almost hard to argue
    with you (not that I personally will need to…HaHa).
    You definitely put a new spin on a topic that
    has been discussed for years. Great stuff, just great!
    Feel free to visit my website ; porn

    ReplyDelete
  2. Nasib kita serupa.... Ibarat menunggu buah yg tak mungkin gugur. Nak beli lain.... Loan xdpt. Membayor je tiap bulan. X bayor karang.... muflis.

    ReplyDelete
  3. Lani kan ker mukriz dah jd mb ....dengar kata dia nk tolong selesaikan projek projek terbengkalai..means, pembeli taman tu kenalah pakat2 pi jumpa dia...ketepikan dulu fahaman2 politik tu...family 1st

    ReplyDelete
  4. setuju sgt...pakat2 pi jumpa YB Mukhriz..mana tau dia boleh tolong

    ReplyDelete
  5. Saya stuju, kita jumpa YB, saya dah tak larat nak.bayar sewa, bayar bank, dari anak.2, skarang dah jadi 4, lagi cepat brtindak, lagi cepat selesai masalah kita, in sha Allah

    ReplyDelete
  6. dengar citer ada kontraktor baru plak dpt tender dari k'jaan nak teruskan baki projek ..
    wallahualam...mudah2an rumah ni boleh siap insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 2 kali en. suami bgtau hal ni. tapi saya dah malas nak sign apa2... 2 thn lps pun sign, nak siap ogos or des 2012 (betul kot tarikh ni?)pastu xsiap gak...batal agreement. sdgkan duit release lagi time tu....
      sejauh mana kebenaran kali ini? Please Anonymous, msg/e-mail me back... u one of buyer community? Anonymous di atas atas atas org yg sama @ org yg berlainan? bg e-mail/e-mail me, sy nak berbual tntg ini!
      cuti sekolah nnt sy nak try p tgk yg suruh sign ni. Anda dah sign?
      sign ni akan membuatkan kita tak dpt tuntut sbrg pampasan kan!?

      Delete
  7. salam dapat tau anda juga pembeli rumah desaku...
    sila msg admin en. guna 0195576566 utk masuk group wasap..jika berminat perkembangan terbaru...kami juga pembeli spt anda.

    ReplyDelete