Inilah rumah saya dan En. Suami. Kami beli 7 tahun yang lalu.
Si Wira berjaya memasuki porch dengan jayanya.
Kesian wira, dah lama berangan nak lena depan sliding tu....
terus ambik pot tengah, tak kasi can Si KBQ masuk.
gambar dari depan
habis pintu rosak akibat tuannya tak duduk
side kiri yang telah dipenuhi hutan lalang dan yang sewaktu dengannya
ruang tamu
bilik depan/utama
ruang tengah/family hall
sliding door di tepi family hall.
banyak pokok yg naik kat sini. sejuk mata memandang kehijauan
dari family hall menghala ke dapur
luas tak dapur?dari depan tak nampak dapur ye
lantai dapur. dinding tile sampai plaster syiling tau.
bilik belakang. bilik tepi tak ambil pulak gambar. sama ja.
kejiranan yang mendamaikan
Inilah rumah Desaku, rumah idaman keluarga Adhwa. Rumah masa depan kami sekeluarga.
Saya siap planing, nak bawa mertua tersayang duduk sini.
Kita hanya merancang, tapi tuhan jua yang menentukan. Ada rahsia disebalik sesuatu kejadian. Ada hikmahnya...namun siapalah kita untuk mengetahui rahsia kejadian itu. Hanya doa dan harapan, ada hikmah disebalik sesuatu.
Rumah Desaku,
Taman Desaku, Padang Meiha, Kulim Kedah.
(berhadapan dengan Desa Aman)
Rumah yang dibeli selepas mula menjalani hidup berkeluarga. 2006.
Dari tiada anak, dah ada anak 2. Dah nak sekolah pun. Mujur 2 aje, kalau tiap tahun bersalin, mau 6 orang anak dah.
Ceritanya...
rumah projek sakit. Sangat sakit.
Malas buka cerita. Kalau bertanya, boleh cerita.
Yang terkini, pagi tadi kami pergi sign agreement baru untuk siapkan rumah ini. Khabarnya Kementerian lantik pemaju baru untuk siapkan. Dalam 10% kot yg tinggal. Entah kali ke berapa sign pun tak tau.
Malas fikir. Dah 7 tahun usia rumah ni. Dah kira terlebih tempoh 5 tahun lebih dari tarikh sebenar dapat OC.
(sebab sign agreement inilah, dapat kami dapat masuk melihat rumah ini. kalau tak, dah bertahun kami tak boleh masuk sbb ada gate yg jaga. Sign kat site.)
Tapi kami tak kisah, kami sayang rumah ni.
Keseluruhan taman ni, rumah sebuah. Yang penting ada tanah keliling.
Kami tetap menanti untuk diduduki.
(ayat jiwa yang parah_nak kata apa lagi kan....hahhahhahahahaa..... puas hati gelak besaq)
doa dan harapan,
pahit akan manis jua akhirnya,
perit itu akan nikmat jua...
seorang sahabat yg membeli, memberitahu, beliau bertanya dengan kawan yang bekerja di bank, nilai rumah ini sekarang 300k++. wallahuaklam. mungkin benar. mungkin tidak. berdasarkan cirinya. mungkin! sebuah. tepi highway. cuma belum siap / OC nya. Kalau di Kulim, rumah sebuah nilai around yg tersebut!
note : tiada air mata darah untuk dialirkan keluar dari mata seorang radziah!
(tapi sempat juga nak bubuh. sebab jiwa dah kembali bara bila buat entry ini....)
khabar yg seringkali terdengar dan pagi tadi, khabar sembang2 dengan seseorang di site, ECK ni geng dgn kerabat. semua kerabat. (nama dirahsiakan, takut kena ligan dengan geng mereka). patutlah tindakan dari persatuan pembeli tak jalan.
Semoga mendapat laknatlah mereka dimuka bumi Allah ini. MasyaAllah, Ampunkalah hambamu ini wahai Ya Allah
hastaqfirlahhal'azim
Kata jiran setaman ;p Dr bertunang beli sampai dah anak 3! Nasib sgt...
ReplyDeletemacam mane perkembangan sekarang yer...aritu lalu situ nampak dah ada orang duduk.
ReplyDeletetak salah kan kalau ikut budaya...(andai si komen bkn beragama islam, apatah lagi kalau islam)
ReplyDeletegunalah adab yg betul. hanya org yg penakut atau buat salah saja tak berani tunjukkan diri. setiap kali ada sesuatu, setiap kali itu muncul si komen ini... andai anda dalam komuniti desaku, anda tahu apa yg anda nak tahu...jika tidak masakan dalam setiap sesuatu itu, akan muncul anda dalam komen2...
bak kata org, org kenal kita, tp kita tak kenal org....nak ke berkawan mcm tu...org jenis ni tikam org ada la...bila jumpa buat2 bodo kot. mcm xtahu... malas nak cakap lebih2 yg lbh buruk....
saya pasti ada dalam komuniti ini....kalau tidak kenapa anda akan bertanya pabila berlaku sesuatu.... dah tu.... apa kes kau...dah tahu tapi buat xtahu....
assalam saya tgk kt mudah teringin sgt nk beli umah sebuah2 kt pdg meha ni..google jmp blog akak..mcm mana status terkini rumah kak?
ReplyDelete