Pada mulanya kami menunggu rumah pertama yang dibeli, sangat berharap agar dapat menduduki setelah bertahun menanti. Namun kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan...Tahun 2010, saya sudah mula memikirkan tentang rumah. Tentang umur makin hari makin meningkat. Dari 2006- 2010, seperti menanti buah yang tidak gugur. Sangat hampa. Loan kena bayar. Loan bank. Dari tiada anak, sampai anak dua. mujur dua aje. Bila akhir 2010, kami mula mencari rumah baru. Itupun sbb saya rasa "tak sudah", tak kan nak biar tanpa ada rumah. Suami jenis yang mudah. Katanya kita dah ada rumah, bila kata mana, "dah tak dpt lg"....masih nak mengharap lagi.... Saya sangat tertekan kerana nak beli barang keperluan, mcm tak berbaloi sbb tiada rumah. Takkan nak menyewa sampai tua...Nak bergembira mcm tersekat. Biasa la org perempuan, nak beli barang-barang rmh seperti pinggan mangkuk, sofa, peti sejuk, tv dll.
Akhirnya, sambil memendam rasa, sambil mencari. Dan pasti mencari rumah secondhand. Tak berani nak beli rumah in progress. Takut pisang berbuah dua kali. 2011 adalah tahun yang paling ligat kami cari. Pernah cuba membeli rumah lelong 3 kali. Yang sekali tu, siap 3 kali beat dengan seseorang (Setiap kali beat, naik rm5k. Bermula dari rm145k, akhirnya kami stop sampai rm180k. Tak sanggup beat lagi, nnt nak kena bersih dan renovate rmh yang dah lama kena tinggal. Takut tak berbaloi engan nilai)
Pernah juga bayar deposit tanda setuju untuk beli dengan inividu tertentu sebanyak rm2300. Tapi akhirnya tak jadi sebab ternampak permainan penjual. Duit hampir "burn" sbb bila minta, pasti ia tak nak pulangklan. Saya memang redha krn itu yg kami tertulis. Malas fikir rm2300 tersebut. Akhirnya selepas 2 tahun lebih, baru inividu tersebut pulangkan...sebanyak yg saya minta iaitu rm2000. Akhir tahun 2013. Alhamdulillah.
Cari juga rumah baru...
Pernah beratur nak beli rumah teres seawal 7.00 pagi. Malangnya org ambil nombor lagi awal. Tak dpt lot tepi (kalau teres setingkat nak tepi). Pelbagai kerenah pemaju kami jumpa. Macam-macam. Bagi kroni dulu, Tak layan pembeli "cikai" macam kami...(maaf, UDA memang tak layan org miskin, jawab nak tak nak aje....bukan dia yg kaya, setakat kerja sales UDA, menyombong sangat...)
Pernah nak beli Taman area Sg. Dua, tapi selepas selidik, tak jadi. Pemaju pernah ada masalah dan projek milik "xxxxx" tersebut juga pernah sangkut sekejap bagi fasa 1. Bank yang berani ambil projek tersebut, 2 bank aje.... Kami takut pisang berbuah dua kali.... Terpaksa lupakan walaupun tempat sangat strategik.
Akhirnya kami memilih Desa Sena kerana Tanah milik Bank Persatuan dan pemaju Ten Tel Const.
No comments:
Post a Comment