Tuesday, December 11, 2012

Cuti Sekolah : Pantai Timur

Cerita dah basi....tak pa, namapun diary....sekadar melakarkan untuk memori di hari mendatang.

Cuti sekolah kali ini, sekali lagi kami ke Kelantan & Terengganu. 
2 hari kami di Kelantan, sampai tak tahu mana nak pergi....tempat shopping, wajib!. Tapi percayalah, kali ini saya hanya membeli sehelai sahaja tudung, 2 helai yg kakak kirimkan. Itu sahaja.
Kami pergi bersama adik & adik ipar aka Pakcik & Makcik.


dan gambar pun bercerita
puncak titiwangsa....dua kanak-kanak itu belum mandi...
Pantai Cahaya Bulan
makan tengahari@Yati Ayam Percik
Maahad Darul Anuar. Anda tahu? Tempat Tuan Guru Nik Aziz. Bukti kami sampai di sini....sebenarnya, terjumpa semasa ronda!
Hari ke-3 kami ke sini. Salah satu tujuan utama. Meraikan Majlis Konvokesyen anak saudara .
bersama kakak ke 2 & her abah
TAHNIAH atas kejayaan ini!

TAHNIAH untuk Nor Asikin Hj. Ghazali. Tertunai sudah hajat ibu untuk melihat anak-anaknya berjaya. Ketiga-tiga anak berjaya menjejak kaki ke menara gading. Syukur. Cuma Maktih sedih sbb ibu tidak dapat melihat dan merasai kebahagian ini. Kita sedekahkan Al-Fatihah agar Allah menempatkannya bersama-sama orang yang beriman. Amin. (Dulu, setiap kali maktih nak balik UM, pasti aruah akan menghulurkan wang sebagai belanja. Tika tiada mak untuk mencurah kasih, aruahlah tempat untuk mengadu.). 
Apapun, kami semua sangat bergembira kerana ketiga-tiga cucu  ini berjaya ke menara gading.

No comments:

Post a Comment