Wednesday, December 5, 2012

Destinasi Makan ~ Satay Ah'Basri

Saya (& suami) akan ke mana-mana kedai makan/restoran yg belum dijelajah biasanya berdasarkan info dari sumber tertentu. Biasanya dari kawan atau bacaan (internet/akhbar dll). Kami jarang mencuba sendiri. Kalau ada kawan beritahu, tempat ni sedap atau best, baru kami pergi. Dan saya ada kawan yang memang tahu tempat makan menarik kerana mereka rajin mencuba. (kredit utk A&L). Baru-baru ini blogger Apa Ku Nak Kata buat entry sate sedap (http://zahanajwa.blogspot.com/2012/11/sate-ahbasri.html). Dalam hati dah berhajat nak pergi nanti. Tengok komen, lagi la tertarik. Tak leh jadik ni, kena pergi. Semalam, ahad, ada kenduri rakan sejawat di Penaga. Dari hari sabtu lagi dok fikir, mana nak ronda ahad. Kebetulan ada PC Fair di Pisa, bercadang nak ke Penang. Tapi Jumaat/Sabtu ni pun nak ke sana juga. Jadi batalkan niat. Sambil menunggu hendak ke rumah kenduri, tonton TV. Tengok JJCM. (terpengarauh dgn cara Iqram Dinzly makan) Terus bagitau En. Jun lepas kenduri kita p Pg, nak mkn satay sedap.

Hohohooo....panjangnya intro.... akhirnya sampai jugak kami di Restoran Satay (selepas window & shopping di 1st Avenue & Prangin Mall ~ bagi lapar semula....kan baru makan kenduri....ngeh3x)

@Bayan Baru, Penang
Sate calamari 5, lamp black pepper 5
ayam 6, beef  original 5
juga nasi himpit
model makan!
Si kakak nak lagi...so tambah 10 ayam.
Asal hanya rm56+, lps tambah lagi 10 cucuk, juga milo, jadi rm76++.
lihatlah resit yg pertama...



Pssttt : Saya lihat 1 wanita Chinese & 1 wanita Iindia (dtg bersama), makan sorang 10 cucuk. Kuah sampai mintak lain. huh, sedap betul tgk mereka makan. Siap tapaw lagi.....

Komen : Sangat sedap! lembut. Betul la komentar yg lain kata lagi sedap dr yg terkenal tu. Kuahnya sangat sedap. Tapi saya hanya salutkan kuah sikit-sikit aje. Lebih suka makan kosong cam tu aje.... 

Walaupun mahal, tetapi berpuas hati....bak kata org, mahal tak pa, kalau sedap, org xkisah sgt! 

Yang membuatkan bil melambung adalah minuman. Milo ais segelas seperti di atas (gelas besar sedikit dr kedai biasa) berharga rm4.90!....tapi kawwww....best..dan huhuuu....Lai Chi Kang 1 gelas di atas, rm 13.80. Cam mahal la...hoho...pada saya...mmg mahal. sedut air sikit dah habis, tinggal bahan. Dan jangan tak tau, ais kosong segelas rm0.90 tau!.



Note : syukur diberi peluang menikmati nikmat kelazatan

No comments:

Post a Comment