ini pula kad ucapan dari Iman.... hehe.... |
apa yang penting (ala2 wonderpets) Iman sudah pandai menzahirkan kasih sayangnya pada umi...sangat terharu...
sila baca kisah ini :
ketika mengambil Iman dari sekololahnya pada minggu lepas!
Iman : Hari ini kakak tak nak cakap dgn umi....(sambil menyilangkan tangan dihadapan dadanya...selepas menutup pintu kereta).
Umi : Kenapa pula kakak tak nak cakap ngan umi? (sambil fikir, saya ada buat salah ka semalam @ pagi tadi...apa pasal anak ini?)
Iman : Kakak taknak cakap, akak nak rahsia, tunggu hari mother day nanti baru akak cakap dekat umi. cikgu kata nanti peluk umi, cakap sayang mummy. tadi akak buat cupcake kat sekolah. jadi little chef...esok teacher bagi bawa balik, kena sembunyi dulu, ahad baru bagi dengan umi...bla...bla...
Umi : (tergelak....) Habis tu yang kakak dah cakap tu....?
Iman : tak pa la, kakak rahsia kat adik ngan papa....
Umi : apa-apa la kakak....
dan hari jumaat, saya nampak Teacher Rita bagi cupcake. bila dalam kereta, saya tengok, iman menyembunyikan kat seluarnya...sambil terdengar bunyi kruk krek plastik cupcake tu....haha... apalagi... mulut iman berkata, "kat tangan akak tak da apa la umi..teacher tak dak bagi apa2 pun" .... hahahhh
terima kasih ya Allah kerana memberi daku peluang menjadi ibu.
sangat indah terutamanya semasa mengandungkan iman dan nuha. sekarang gembira kerana mereka berdua sudah boleh dijadikan rakan berbicara ...
hihi...kelakar. nak rahsia tapi terbocor..hihi..
ReplyDelete