Ibu,
Kasihmu membawa ke syurga,
Sayangnya anakmu ini tak dapat berbakti padamu.
Tatkala diri ini sedang menyusun niat membalas jasamu,
Sedang memasang angan-angan menggembirakanmu,
Sedang berniat menjagamu,
Sedang berfikir hendak menunaikan segala hajatmu...
Engkau pergi meninggalkan ku terlebih dahulu.
Pergimu tanpa meninggalkan amanat terakhir,
Pergimu tanpa sempat ku belajar,
Pergimu tanpa sempat ku pandang,
Pergimu tanpa sempat ku tenung...
Ibu,
Engkau pergi tatkala daku masih memerlukanmu,
Tatkala mula menempuh alam kehidupan,
Walaupun tika itu diriku sudah boleh berdikari,
Tapi sebenarnya, kekuatan hanya ada padamu...
Demi kasih sepanjang hayat,
Ku relakan pemergianmu,
Walaupun ku belum bersedia,
Walaupun sukar terima kenyataan.
Sesungguhnya, daku tidak sempat menatap wajahmu buat kali terakhir,
Namun, ku mendoakan ibu tenang di sana...
al-Fatihah buat allahyarhamah HAJAH SOFIAH BT. HJ. SHAFIE (1997)
Juga al-Fatihah buat ;
HJ. ABD RAHMAN B. HJ. ABDULLAH (1994) & NURIAH BT. HJ. ABD RAHMAN (2006)
(Mak, anakmu tidak dapat menatap wajahmu buat kali terakhir kerana tika jasadmu disemadikan, anakmu ini baru menjejak bumi Alor Setar)
No comments:
Post a Comment