Friday, May 18, 2012

Iman

Iman menangis, marahkan saya kerana saya tidak memberikan dia hadiah utk gurunya pada hari guru baru2 ini iaitu pada hari rabu/ 16 mei. hadiah dah beli seminggu dah. saya sangkakan, sekolah akan mengadakan hari guru pada minggu hadapan, jadi saya tak bagi la dia bawa lagi. lagipun, hari rabu tu, hari pertama dia exam. pasti la cikgu tak buat majliskan...so, tunggu bila ada majlis...rupa-rupanya.....semua kawan-kawan dia bawa hadiah pada hari tersebut. so, bila balik, menangis la.."akak seorang ja tak bawa"... alahai....kesian anak umi...mesti sedih time kawan2 bagi kan.... maafkan umi sbb umi tak tahu...ingat macam graduan, ada majlis......... esoknya, saya terus bagi dia bawa, ceria semula bila pulang....

1 comment:

  1. wira pun tak sabar bagi hadiah kat cikgu dia. beli hari ahad, hari isnin dah nak bagi. punya pujuk suruh tunggu hari rabu.huhuhu

    ReplyDelete