Sabtu lepas, saya bersama family ke Kelantan. Semata-mata nak shopping... bermalam di Tune Hotel yang hanya berharga rm81.24 sahaja. haha... hotel paling murah saya duduk. Sebelum ni kalau ke sana mesti stay kat New Pacific Hotel (gov. rate rm150). Saya tak berani stay budget hotel kerana takut tak memuaskan hati... .Harga tak sama kan dengan hotel kat Penang. Paradise dan Flaminggo yg selalu saya duduk rate rm2++. Sebab tu saya suka jalan-jalan ke Kelantan. Tol pun jimat, dapat makan mcm2, harga teramatlah murah....Kami kesana selain utk shopping, adalah utk makan nasi kerabu.
Tune Hotel ni belakang KB Mall. Bilik kecil patut dgn harga. Sesuailah dengan nak tidur. Time lain, keluar shopping tak hingat donia kan. Yang penting memuaskan. Saya bagi 8* dari 10*. Bilik air sangat memuaskan. Itu yg saya mahu. Bersih. Al. maklum. Tune ni barukan. hahha sebab itu saya berani booking, sbb baru. Saya booking 2 minggu awal. Biliknya basic hanya rm45 shj. Saya add-on TV dan aircond (12 jam) + insurance (rm5) dan service, jadi la rm81 tu. Kalau walk in, bilik bermula rm80++. mahal sikit. Tapi kalau tak add aircond pun, rasanya ok. Tak panas langsung. Bilik kecil, kipas cukup utk ruang bilik. Jika kita on aircond 2 jam, kemudian off bila kita keluar, baki jam akan tercatat di dinding bilik. Lupa la pulak nak snap pic. Kesimpulannya, memuaskan hati.
Lihatlah hasil rembatan saya bershopping
Tudung 19 helai (3 utk Iman, 3 utk Nuha, 3 utk anak saudara, 1 untuk adik & 1 utk adik ipar -jadi 8 utk saya...hahahha...) baju tidur 4 pasang, jubah 4 pasang, blouse sepasang :-) semua utk saya. Baju tidur Iman 2 pasang, Nuha sepasang. Saya rasa tahap hilang akal saya shopping. Tapi semua itu telah di'planning' dan disenarai pendekkan sebelum bertolak ke sana. (tujuan utama pun mmg nak shopping raya kan). Tudung tu adalah utk raya. saya siap bawa cebisan baju raya sbb nak match kan...
Saya tak tunggu cuti sekolah sbb nak elak kesesakkan di bandar KB. Cuti mmg jamm la KB tu.
bagaimana shopping anda semua?
nak tahu kenapa saya shopping ni?
1. baju tidur, kat sini (penang & kedah) susah dpt hrg seperti disana.
2. jubah yg sama saya beli rm150, di Kepala Batas rm 170 slps puas bertawar gitu.
3. Tudung jahit atas kepala tu, kat sini, rm45 keatas. saya dpt rm30. lagipun, kat sini jarang jumpa dan bunganya pun tak banyak. pilihan pun tiada.
4. Tudung biasa tu rm15 shj, tapi disini, pasti rm30 keatas. Yg murah ada, tapi kualiti kureng.
walauapapun, semuanya under kawalan. bukan berbelanja melampaui batas @ melampaui kemampuan.
bagaimana shopping anda semua?
nak tahu kenapa saya shopping ni?
1. baju tidur, kat sini (penang & kedah) susah dpt hrg seperti disana.
2. jubah yg sama saya beli rm150, di Kepala Batas rm 170 slps puas bertawar gitu.
3. Tudung jahit atas kepala tu, kat sini, rm45 keatas. saya dpt rm30. lagipun, kat sini jarang jumpa dan bunganya pun tak banyak. pilihan pun tiada.
4. Tudung biasa tu rm15 shj, tapi disini, pasti rm30 keatas. Yg murah ada, tapi kualiti kureng.
walauapapun, semuanya under kawalan. bukan berbelanja melampaui batas @ melampaui kemampuan.
***********************************************************
syoknya shopping... kalau hanis kat kelantan sure dh tergedik2 nk jumpa dgn kak z...
ReplyDelete