Sunday, May 17, 2015

Pasar Online

Yang ditunggu telah pun tiba....posto...posto....

2 kotak pos laju


Inilah barang basah yang dibeli

Buah kuning telur @ canistel @ buah mentega. 
Bersama buah yg lain ... lemon dan nam-nam @ buah puru



Buah ini yang nak beli sebenarnya... canistel...

kali ke-2 beli secara pasar online dengan Kebun Bahagia Bersama
Sangat sedap. Bagi sesiapa yang belum tahu tentang buah ini, boleh search...
rupanya buah ini berasal dari Sabah. Macam buah mangga bentuknya, tapi rasa mmg berlainan. Cuba perhati tangkainya...macam buah ciku kan... spesis tu kot. 
Rasanya lemak berkrim. Struktur isinya macam labu yang telah direbus Lembut gebu begitu. 


Ini buah yang pertama kali saya beli...Bila betul2 masak, dia akan pecah kulitnya. Kulit nipis sangat. Kalau buah mcm di atas, belum boleh makan lagi...keras dan bergetah. 


Sebelum ini, saya sendiri belum mengetahui kewujudan buah ini...sejak membaca blog Kebun Bahagia Bersama, baru tahu. Sebab teringin sangat, tu yang order online....


No comments:

Post a Comment