Lama saya tak menulis di sini...kekangan masa. Masa yang sangat terhad. Hanya orang yang mengalami sahaja akan tahu betapa sibuk dan banyaknya kerja seorang guru. Yang tidak pernah habis dan selesai di sekolah, malah berterusan lepas satu ke satu....setiap hari ada saja kerja yang harus disiapkan di rumah. Kalau sempat buat. Kalau tak sempat, malamnya tidur dulu...kemudian bangun seawal pagi untuk menyaipkan kerja tersebut. Bila dah bangun, mmg tak tidur dah sampai masa untuk ke sekolah....Kadang-kadang tak cukup masa, kerja tak siap!....huhuuuu
Tahun lepas adalah tahun yang paling sibuk. Rupanya, tahun ini lagi sibuk!
Bermula dengan melengkapkan RPH seawal minggu persekolahan. Diikuti mengemaskini file memandangkan nazir turun ke sekolah. Dan pelbagai lagi kerja guru yang harus diselesaikan atau dijalankan....antaranya...pendaftaran UPSR 2015, Majlis maulidur Rasul, Hari Sukan, Latihan untuk murid yang memasuki pertandingan...dll...
Bukanlah merungut, hanya sekadar memberitahu kesibukan...
Hinggakan rumahtangga agak terabai... sebilang hari makan dengan membeli, baju tidak berlipat berhari-hari adalah perkara biasa...pulang dari kerja, urus anak ke kelas KAFA. Sempat seketika mengemas rumah. Habis mengemas, masa untuk mengambil anak dari KAFA. Letih jangan cerita lah....Bila anak pulang, kadang-kadang mereka bermain sekejap....yelah ...tika itu jam dah 6.40ptg. Kadang-kadang suruh mereka mandi terus untuk buat homework. Kalau masih ada kekuatan dan masa, masak secepat mungkin berebut dengan waktu maghrib. Kemudian hantar anak mengaji al-Quran. Tunggu dan pulang. Anak-anak kemudian sambung buat homework. Kalau tiada, legalah mereka malamnya...boleh rehat.
Tambahan pula, rumah saya jauh dari tempat kerja. Waktu biasa mengambil masa 20-30 minit dengan kereta. Untuk mengelakkan kesesakkan jalanraya, Saya keluar seawal jam 6.30pg. Sampai 6.50 atau pukul 7.00. Kalau lewat, terlewatlah sedikit.Tapi jangan lewat banyak, alamat merahlah punch card. hihiiii... Kesesakan akan dialami diSg. Dua.....Sampai awal adalah satu kepuasan.
Anak sulung sudah bersuara, "Kakak macam tak dak rehat". Aduh...sukarnya nak menyatakan... Pagi sekolah. Balik rumah pengasuh (transit sekejap), kemudian pergi KAFA sampai 6.15ptg. Lepas maghrib, mengaji al-Quran pula. Malam menyiapkan kerja sekolah. Apa yang boleh dikatakan. Hendak pandai, kena belajar. Belajar rajin-rajin.
Bagaimana kawan2 mengurus rumahtangga?
Masa itu emas. Masa amat mencemburui kita. ???
Bagaimana kawan2 mengurus rumahtangga?
Masa itu emas. Masa amat mencemburui kita. ???
No comments:
Post a Comment