Plaster siling mula buat 2hb. September 2014.
4 hari ja. Siap atas bawah. Cepatkan. Hasil pun memuaskan hati ...
Ruang tamu. Saya memang pilih simple dan nampak moden. Nak kesan luas. Utk bhgn ini saya buat memanjang dari kiri sampai kanan. Sepanjang 20 kaki rumah. Saya tak buat yang ada lampu dalam tu. Nak elak habuk berkampung di situ dan juga mengelakkan segala binatang menjadikan rumah mereka...hihiii...tak nak cicak ada situ....
Ini pula bahagian depan, ruang tamu jugak, tapi bahagian ni pendek sedikit dari bahagian atas tadi sbb ada pintu masuk, Pattern ni berhampiran pintu masuk/bahagian siling door.
Ini pula berdepan dengan tangga, menghala dapur dan ruang tamu. Saya tidak memilih kolam yang ada warna coklat mcm biasa org buat tu. saya nak semua putih sbb takut 1 masa nanti semua org tak pakai warna tu dah, terus jadi fesyen lama kan... huhuuu...juga saya tak letak lampu dalam. saya just buat kolam je.
Bahagian dapur kering. Saya hendak letak meja makan di sini, tak nak letak depan tangga. nanti tetamu tak nampak sdg makan sekiranya mrk dtg.... kotak tengah tu saya nak cat dengan warna. tapi buat masa ni belum lagi....
Hanya cornice simple untuk dalam bilik (4 bilik) dan ruang family di atas,
Alhamdulillah. Syukur padamu ya Allah atas kurniaan rezeki untuk kami
Nota : Sekadar catatan diari kehidupan untuk tatapan dimasa hadapan
No comments:
Post a Comment