Saturday, November 29, 2014

Anugerah Cemerlang : Semoga berjaya dunia dan akhirat

Syukur alhamdulillah 

Hari Sabtu, 15hb. November 2014

Iman Haziqah Adhwa ada Majlis Anugerah Cemerlang 2014 di SKSJ

Izzaz Nuha Adhwa pun ada majlis iaitu Graduation Day sekolahnya di USM

Sukar untuk menyatakan tidak pada kedua anakanda tersayang. 
Kakak nak umi ada. adik pun nak umi ada, dulu masa kakak, umi pergi... aduh anak-anak.... bagaimana harus umi nyatakan... 

Mujur kakak memahami ... lagipun jika ada rezeki, insyaallah umi bersama kakak.
Jadi saya dan suami mengambil keputusan pergi USM menemani adik yg akan graduasi dan membuat persembahan. Kakak Iman dihantar oleh saya ke sekolah dan ibu saudaranya yang mengambil semasa balik. Tapi kesian juga pada kakak walaupun asalnya dia boleh berdikari...dek pertanyaan dan ambil berat kawan2 saya iaitu guru-guru di sekolah, beliau jadi sedih. Ye lah, ramai2 pakat menjaga dia, dia jadi sedih pilu....

Terima kasih kawan2 yang mengambil berat anakanada saya. Tiada balasan yang dapat dibalas atas jasa kalian semua...Terima kasih juga pada GB sbb beri pelepasan pada saya ... 





Terima kasih kpd mama (cikgu Norul) dan ustazah Mazrah yg sudi wassup gambar anakanda...

Tahniah kakak Iman atas kecemerlangan kedudukan pertama di dalam kelas, pencapaian BM tertinggi, angerah PBS, dan anugerah Nilam tahun 1.

dan waktu yang sama ...
graduation Nuha
bunga beli senyap2 masukkan dlm bonet kereta tak nak bagi dia tahu...
persembahan yg sgt hebat oleh murid2 My Little Kingdom
nyanyian sambil menyampaikan bunga kpd ibu bapa

Hari Ahad , 23hb. November 2014
(seminggu selepas graduasi)

Majlis 'Trophy Presentation' di Perpustakaan Awam Negeri, Seberang Jaya
Di USM tu hanya graduasi sahaja, hadiah diberi pada hari ini.




Syukur Alhamdulillah ...

Sebagai reward untuk anakanda berdua ... saya belanja mrk di Seoul Garden selepas majlis penyerahan trophy tersebut


semoga anak-anak umi terus berjaya di masa akan datang...
semoga menjadi anak yang solehah...

No comments:

Post a Comment