Tuesday, July 15, 2014

Ramadhan 2014 : Nuzul Quran & Bekam

Hari ini 17 Ramadhan. Hari Nuzul Quran. Penang cuti. 

Dapat selesaikan kerja yang banyak tertangguh. Semua kerja-kerja sekolah, gunting baju raya anak, gunting tudung, jahit lace dll..... (Akan buat sepanjang hari ini ...target tu).

Seawal selepas sahur pagi tadi, saya dah siap kemas rumah. Lega. Terapi minda yang sangat memuaskan, bukan sebab rumah kemas, tapi rumah telah dikemas. elek...faham dak? rumah dah dikemaskan, tapi tak la kemas mana, janji rumah dah kemas, (perbuatan mengemas). 

Dan jam 8.30 pg, keluar berbekam. Kali ini saya berbekam di dahi, belakang dan kaki. Lega rasanya. Kat dahi sakit. Bekas bekam. Biru.... 

Sebelum ini saya dapatkan rawatan berbekam di pusat Pusrapi sahabat saya. Sesi rawatan pertama, berbekam di belakang sebanyak 20 cup. Sesi kedua, urutan. Sesi ketiga, berbekam di kepala, tangan dan kaki. Selesai rawatan berbekam keseluruhannya. 

Kalau ada yang tanya sakit atau tak? jawapnya, sakit hanya kerana cup tarik isi kita. Sebab jadi ketatkan. Jarum tak sakit. Biasa saja. Tapi yang sakit bukan semua tempat. Hanya tempat tertentu seperti belakang tengkuk dan atas kepala. Bahagian kepala kan tak dak isi, jadi sakit la. Sama juga dahi. Isi tiada, jadi sakit la sikit. Sikit aje. Kesan nak hilang, seminggu jugak la.... seolah lebam. Biru ke arah ungu. Itu hanya bahagian yang teruk. Macam kat belakang, biasa saja, merah-merah.

Kesan, rasa ringan badan. Kepala pun macam lega... saya migrain teruk, so lega la.... Rawatan yang 3 sesi tu mmg saya buat untuk hilangkan kesakitan yang saya alami sekarang. Eh, bukan kesakitan, tapi badan yang lemau, stress, selalu migrain dan lenguh serta sakit badan. 

Hari ini saya berbekam. Nak lebih baik. Kebetulan sempena Nuzul Quran ni. Pusrapi mengadakan program berbekam.


Ni bahagian dahi. Bahagian badan tak dapat la nak tunjukkan. Sebenarnya selepas berbekam, bahagian tersebut macam bengkak. Kemudian makin surut. Hehehe..esok ber'tande' la dahi saya...Tak boleh pakai shawl belit-belit lah. Nanti terkejut pulak sesiapa yang melihat. Kena pakai tudung berawning ...hehehee.....

Semoga Allah beri kesembuhan pada saya. Dah teruk sangat badan ni. Saya juga amalkan minum madu sekarang ini. Hampir 2 bulan. Kadang-kadang rasa mcm ada benda lain mengganggu.... wallah hu aklam.... 

Hari ini hari ke17, bermakna al-Quran juga perlu juzuk 17 dan lebih. Saya dah ketinggalan separuh. Sebab cuti seminggu. Ni nak kena pulun sungguh-sungguh. Target nak habiskan .... Semoga Allah permudahkan....

Semalam dapat berterawih di Masjid. Iman dan Nuha pun sama. En. Jun kerja. Bila kami balik pukul 10 lebih, dia tak dapat masuk rumah. Maaf, terlupa kata dia tak bawa kunci rumah. Masuk pagar pun tak dapat. Hehehheee... maaf papa. Sampai 2 kedai En. Jun ziarah. 2 gelas teh ais.....

Banyak pulak cerita....sekian....

No comments:

Post a Comment