15 hari kita berpuasa. Syukur alhamdulillah. Semoga kita dapat pertingkatkan amalan kita. In sya Allah, saya pun sedang berusaha menjadi lebih baik dari semalam dan hari-hari yang lepas. Seminggu telah meninggalkan masjid, kini, in sya Allah, akan kembali. Kadang-kadang kena tekad dan nekad sebab bila makan lebih, pasti penyakit M dan 'baloq' akan datang. Tidakkkkkk....
Sepanjang 14 hari, saya dapat berbuka di kg hujung minggu. 4 hari dapat berbuka bersama keluarga. Minggu ini saya tak pulang krn nak selesaikan kerja yang tertanggung. Kerja sekolah, jahit baju anak, gunting tudung, dan kerja rumah yang lain. Seminggu minggu depan ni, nak selesaikan jahit baju kurung anak-anak. Hehehe... tambah crumble sikit-sikit, Jahit tudung. Lepas tu nak buat kuih sejenis dua. Tahun ini saya tak order kuih langsung. Mak cik yg saya selalu beli kuihnya, tahun ni tak buat kuih, jadi saya malas nak order. Setakat kuih sampret, buat aje lah. Lagi pun anak-anak dah bersuara, nak buat kuih. Time untuk mereka belajar dan kita menerapkan ilmu dan tanggungjawab pada anak perempuan. (macam umi mereka bagus kan.... : p)
No comments:
Post a Comment