Sunday, June 15, 2014

Cuti

dengan rasa seiring & senada
hanya ini percutian kami pada kali ini

makan-makan bersama kakak-kakak, adik dan anak-anak saudara termasuk cucu saudara

makan ketam lembut di Kuala Gula

4 buah kereta semuanya
13 org



macam sedih sebab tiada percutian kali ini. 
inipun, sebenarnya tak nak sertai makan-makan kali ini, tapi kesian dengan anak-anak...
kebetulan, buat pertama kali kami tidak balik kg cuti kali ini. 
kesian pak su kat rumah

bila lihat gambar ini, saya sangat sedih. 2 minggu setengah telah berlalu. tanpa ada percutian. kalau tidak, setiap kali cuti, pasti ada destinasi kami, tak pa papa, umi redho, umi lebih mendahului yg satu itu

sebenarnya, memang tidak merancang hendak kemana,
 kami bersabar menunggu sesuatu yang sangat kami hajati sejak dahulu lagi
kami menunggu, kami bersabar,

sepanjang cuti, boleh dikatakan setiap hari kami akan menghampirinya, melihat dari kejauhan, namun apakan daya kami, kami hanya memohon pada ilahi, moga ianya dipermudahkan

cuti kali ini juga saya tidak sihat. hari pertama, kedua, ketiga, keempat cuti, saya sangat tidak larat. tiada kekuatan. bangun pagi sekadar mengemas apa yg patut, kemudian berehat sahaja. sampaikan dapur jarang nampak asapnya....kalau adapun, papa yg masak....

maaf papa, umi tiada kekuatan utk masak

akhirnya, khamis lepas, saya nekad untuk berbekam, kerana terasa diri sangat lemau...lemah yg sangat teruk.
lepas berbekam, masih lemah sehingga hari ini. masih tiada kekuatan ie kecergasan dalam pergerakkan.

minggu pertama cuti, saya dah buat rawatan diri seluruh tubuh badan. berurut, bersauna dan membuang resdung. badan masih lemah. itulah yg nekad berbekam, w/pun sebelum ini, sangat takut, takut sakit.

rawatan berbekam akan bersampung 2 kali lagi. khamis ini dan minggu depan.
semoga ada kesembuhan dalam rawaatan ini
hanya Allah yang maha kuasa


No comments:

Post a Comment