Monday, June 16, 2014

Ayah

sedih. sedih. sangat sedih....
walaupun sekadar cerita, tapi sangat menusuk jiwa....

cerita sempena hari bapa...

ayah, anakmu tidak dapat berbakti padamu, dikau pergi dikala anakmu ini amat perlukan kasih sayangmu. perlu tunjuk ajarmu.

bertuahnya kami anak-anak ayah, mempunyai ayah yang tidak mengenal erti jemu mencari rezeki demi kesenangan anak-anakmu, bertuahnya kami mempunyai insan yang disanjung masyarakat, bertuahnya kami menjadi anak-anak ayah.

semoga ayah bersama orang-orang yang beriman...

ayah Hj. Abd Rahman Hj. Abdullah, amanlah dikau disana...

ayah, mak, anakmu sangat-sangat rindu ayah dan mak. zahir tak terucap. luaran biasa sahaja, tapi jiwa memendam rasa. dah tak tertahan lagi...

No comments:

Post a Comment