Tuesday, March 11, 2014

Destinasi Makan : CMR ~Cina Muslim Restaurant

mula tahu tentang kedai ini melalui blog. tapi dah lupa blog mana. ingat biasa2 aje.... kemudian beberapa bulan lepas, time pergi halal fest (lupa jugak nama ekspo tu), ada la promotion tentang CMR (China Muslim Restaurant) ni. siap ada demo buat mee ni. so, kami try. erm...sedap...simple...nice...

mee tarik
lepas Halal Fest tu, terus aim nak p makan. suatu hari, kami pergi. mujur kami pergi petang. rupanya dia buka 11pg-2.00ptg. kemudian tutup, buka semula 5.30-10.00mlm. sbb kami sekeluarga lapar, banyak yg kami order. nasi putih, ayam goreng 1/2 ekor, daging goreng, telur, mee tarik pun kami order. paling terkenal, mee tarik kot. mee yg ala2 iklan tv3 tu. sedap. terus jatuh cinta. lauk pauk utk makan dengan nasi lain dari kedai biasa. masakan cara yg berlainan. sedap.

lepas tu, aim lagi nak p makan kat situ. 2 minggu lepas, time ke penang melalui jambatan kedua pp, JK2PP, kami pergi makan. saya order mee tarik saiz besar....nampak kan kecintaan saya...perut cap apa ya?hahha
kali ni terus serik. sbb dah naik mual. hah. padan lah dgn muka kan....nak makan sangat.

seminggu kemudia iaitu ahad lepas, bawa adik dan adik ipar pulak makan di situ. dah tak tamak dah kali ni....boleh percaya ka? saya sorang makan mee tarik, dan nasi sepinggan, bersama ayam 1/2 ekor. tapi ayam tu kongsi ramai2....semua org makan sbb sos dia sgt sedap. see....nasi dan mee...senang aje jawapan saya, tumpang boleh makan, makan lah selagi tidak membazir (tapi dah melampau).

kesimpulan entry ni, nak cerita sedapnya mee tarik di CMR. anda kalau ke penang, singgahlah mencuba di sana...eh...lupa nak bagitau. CMR terletak di bangunan D'Piazza Bayan Baru. Dekat demgan Spice Arena (dulu PISA). sayangnya kedai agak suram dan tidak ceria.


sbnrnya ini video....tapi tak jadik plak...


No comments:

Post a Comment