Semalam, 2hb Febuari, hari lahir anakanda yang pertama. Iman Haziqah Adhwa. Hari kelahiran yang ke-7 tahun. Syukur alhamdulillah, beliau membesar dengan sihat.
Mengimbau sedikit detik 7 tahun lalu, saya berkira-kira nak melahirkan anak pada 2hb. Sebabnya hari Jumaat. Penghulu segala hari. (Doktor kerajaan due 31hb.Januari, Klinik Muslimah P.Pauh due 1hb. Febuari dan Klinik Tan & Tan due 3hb. Febuari) Syukur, Pagi Jumaat terasa sakit. Baru pukul 4 pagi. Suami bekerja. Call bagitau sakit sekejap2 sudah ada,...lepas solat subuh dan mandi pagi, baru pergi ke Klinik (Wisma Bersalin Tan & Tan).
Suami pula sehari dua tika itu, asyik menyanyi..."yehee...saya dah nak jadi ayah sehari dua lagi...saya dah nak ada anak....macam tak sangka..." Itulah yang asyik keluar dari mulutnya.
Petang Khamis tu suami sempat bawa saya buat pertama kali makan rojak tonggek. Selama ni saya tak tahu (maklum, bukan org penang), bila dah makan, sedap pulak...bercita2 nak pergi makan lagi esoknya...heheh...kesudahnya admitted terus....
Dan seminggu tu asyik makan, makan, makan.....
Inilah Iman Haziqah Adhwa bermaksud cahaya kebijaksanaan dan keimanan
Tahun 2014, dah mula bersekolah tahun 1. Bersama2 dengan umi. Sebelum itu, tadika seawal umur 3 tahun. Umi dan papa mencari tadika yang mengajar untuk umur 3 tahun. Graduan Kecil. 2 tahun di Graduan Kecil, umi dan papa tukarkan ke My Little Kingdom. Alhamdulillah, tidak salah percaturan kami. 2 tahun di MLK, ketika berumur 5 & 6 tahun, nampak rangsangan yang berkesan. 3 bulan pertama ketika berumur 5 tahun, sudah boleh mengeja dan membaca (secara mengeja) dan 6 bulan pertama sudah boleh speaking. Perkembangan yang sangat bagus bagi umi dan papa.
Dan kini meneruskan perjuangan fasa pertama secara formal...bersekolah kebangsaan. Semoga anakanda belajar bersungguh2 tanpa erti jemu. Tiada kata seindah bicara yang ingin umi nyatakan, hanyalah kesejahteraan, anakanda yang dipohon pada Ilahi, dan semoga dirahmati Allah dalam mencari ilmu dunia dan ilmu akhirat. Doa dan harapan umi agar Allah permudahkan urusan anakanda...bukakanlah pintu hati anakanda agar dapat menerima ilmu dan seterusnya membawa keberkatan.... In Sya Allah.... Amin.
No comments:
Post a Comment