Sambutan perayaan Tahun Baru Cina di MLK bersama Izzaz Nuha
Saya masukkan gambar ini di dalam fb, ada rakan komen, kenapa kita mengikut mereka, patutnya mereka mengikut kita.
Saya tak pandai nak jawab...
Yang saya tahu, anak saya bersekolah di tadika pengurusan cina. Ya, saya sendiri menghantar ke sana, tiada paksaan dari sesiapa, dan banyak tadika pengurusan melayu yang menekankan islamik. Cuma, saya pilih tadika ini. My Little Kingdom. Ada sebabnya!
Seperti kebiasaan tadika lain, jika ada perayaan, mereka akan buat majlis, kecuali perayaan Hari Raya sahaja tiada, mungkin sebab tiada guru melayu dan pelajar melayu pun minoriti di sana. Dalam 1 aliran umur seperti umur 6 tahun, murid melayu ada 3-5 dan muslim pakistan seorang.
Pada pendapat saya, saya pakaikan anak saya pakaian seperti di atas, hanya sekadar suka2. Di sekolah mereka, ada permainan pada hari tersebut. Boleh lihat di fb MLK sendiri. Setiap makanan yang mereka sediakan, tidak diberi pada anak saya dan murid melayu yg lain. Kami membawa makanan sendiri. Even kak harijadi pun, mereka hanya makan kek murid melayu sahaja.
Kita ibu bapa harus mendidik anak2 sejak dari kecil. Betul.
Saya bagi anak-anak saya melalui zaman mereka agar suatu masa nanti, mereka tahu mereka biasa alami dan tidak lah melakukannya secara sembunyi. Maksud saya, zaman anak2, saya biarkan mereka memakai pakaian kanak2, sampai umur 7 tahun, mula menutup aurat. Saya tak nak anak saya nanti, berada diluar kawalan saya seperti tika belajar atau bekerja, jauh dari mata ibu bapa, terus buka tudung, pakai pakaian ketat dan pelbagai. Balik kampung pandai pakai tudung. Bila tengok wayang, raba sana, raba sini, sedangkan tengok wayang tak semestinya tidak baik. Macam pernah saya katakan, tengok wayang ada hadnya, saya memilih gambar tertentu....
(cerita lain)....kawan saya tak beri anaknya tengok wayang. kononnya wayang itu tidak elok, tapi pergi pasar malam beli cd cerita seperti wawa semput, rempit, dll cerita melayu kini, pada saya cerita seperti itu yang tidak patut dilihat, anak sekecil 5 6 tahun, asyik menyebut 'datang bulan' dating... eeee....tak suka saya.
Saya alami dan lihat sendiri, ketika zaman di universiti, ramai kawan dari kampung tak pakai tudung, balik, tahu pulak pakai tudung, keluar tengok wayang sblm balik kg, sbb nanti dah tak boleh tengok, keluar dengan pakwe, naik motor, pegang2 tak payah kira lah, budak Akademi Islam (Universiti Malaya) sendiri balik kg duduk sebelah pakwe dalam bas, selalu dating depan asrama, macamana? Saya tak nak anak2 saya jadi seperti ini, jadi sementara masih kecil, saya bagi mereka alami zaman kecil mereka.....
Entahlah, saya sendiri tak tahu nak nyatakan bagaimana. Harap sesiapa yang membaca dapat memahami saya dan dapat menegur saya. Saya sangat bersyukur kerana ada seseorang yang saya baca blognya, sudi menegur..."kita yang mencorakkan anak2...lebih kurang begitu kot), In Sya Allah, itu peringatan buat saya, saya berharap tidak terpesong didikan saya....
Berbalik kepada 'ada sebabnya', saya pilih MLK kerana cara pembelajaran mereka. Seperti yg saya nyatakan di atas, 3 bulan anak saya bersekolah di MLK, dah boleh mengeja dan membaca, 6 bulan dah boleh bercakap Bahasa Inggeris sepenuhnya. 2 tahun anak saya di tadika lain, sebelum itu, menulis pun tidak betul, hanya hafal a-z, menyanyi...tapi saya tak kata tak baik, ada baik dan buruknya...Ada juga kawan yg bertanya kenapa tak hantar ke tadika islam, susah saya nak jawab....kita kena jaga perasaan orang.....nyatakan: kenapa kita memilih sekolah anak2?, tentu ada sebabkan, nak yg terbaik kan...terpulang pada diri masing2...
Kawan saya yang komen perkara di atas, mula2 hantar anak2 di sekolah rendah islam (yg bantuan kerajaan~maksudnya bukan sek. kebangsaan,) tapi kemudiannya, tukar ke sek. kebangsaan, tentu ada sebabnya kan....
Setiap manusia tidak sama pemikiran dan pendapat, cuma kita perlu halakan ke arah jalan yang diredhai.
Entahlah, saya tak pandai nak nyatakan...
No comments:
Post a Comment