Saturday, December 14, 2013

Cuti Sekolah : Gerak ke depan

Kami tak tahu mana nak pergi. Jadi bergeraklah sahaja. Beg baju masukkan dalam bonet kereta. Kalau perlu bermalam, nanti cari aje mana2 tempat penginapan.
Bertolak jam 8.00 pagi

Destinasi pertama ke Permatang Tok Mahat. Konon nak shopping kat Pasar Kemboja. Patut tak jam, rupanya bermula 25hb. November, Pasar Kemboja hanya beroperasi pada hari Sabtu sahaja. MPSP menunggu di tapak perniagaan. Takut ada yg bukak jugak la tu...

Kemudian menuju Batu Kurau, hajat mencari durian sambil melihat kampung. Kami mmg suka sangat masuk kampung, anak kampung katakan, rasa tenang..... Durian tak ada dijual di tepi jalan. Hanya sedikit di Pekan Batu Kurau. Kami membali rambutan kuning, staq dan kerdas.....hahhaaaa.....tak sabar nak makan berulamkan buah genuak (atau kerdas) ni....


Merayau sampai jumpa Kampung Sempeneh ni. Ada sungai tempat mandi manda.... apa lagi.... terjun la...



Mmg bawa baju mandi, ingat kot2 nak terjun pool. Kami bertiga sahaja mandi, 
En. Jun jurufoto tak bertauliah.


Kemudian, Zoo Taiping. Sebab anak2 baca arah. Dia orang nampak sign board. Jadi bising nak pergi.
Kami lengahkan lagi, pergi tanya bilik Sentosa Villa, si Nuha tak nak tidur hotel, nak Zoo Taiping. 




Kemudian ronda tasik entah berapa kali. Dan dah tak tahu mana nak pergi.
Akhirnya nampak Muzium Taiping. Kali pertama sampai.





Ok jugak. Banyak mereka dapat ilmu. Dah tahu membaca, bila si Nuha bertanya, saya suruh baca kat board. Bila nampak binantang keras, xcited bukan main, padahal tadi dah tengok real punya di zoo. Hadoiiii...

Ikut hati lagi.... mee udang Mak Jah. Sayangnya kali ni tak seenak selalu. Mungkin tukang masak bertukar kot. Service ok. Kali ini cepat. Walaupun mee ala-ala aje, tapi tak la nak kecewa sbb servise ok walaupun orang ramai. Semua orang luar agaknya. Plat kereta pelbagai, T, W, B, C, J etc.



Habis 1 hari, tak jadi menghala ke selatan. Tak jadi jugak nak bermalam di mana-mana. 
Tiba2 teringat ada kenduri hari Sabtu. Dan dah nampak agenda hari Sabtu.....ngeh3x....



2 comments: