kaki sakit. semalam ibu jari kaki luka terkena tin/besi(?) penutup lubang air dalam bilik air. semasa mandi ptg semalam, sabun terjatuh dari tangan, lubang air keluar terbuka, jadi saya nak selamatkan sabun dari jatuh lubang (nanti takut tersumbat pulakkan), so dgn tidak sopannya (mengaku) guna kaki untuk menahan sabun tersebut. semasa menghala kaki ke lubang air tu, ibu jari kaki kiri terkena penutup yg tegak! aduh sakitnya, ingat mcm kita terlanggar benda, bila tgk, darah mula turun. terjerit-jerit menangis (mesti buruk time tu sbb org tua menangis) memanggil suami (mujur dia mc smlm, demam). darah mmg banyak. laju pulak tu. macam buka paip air. suami tuang minyak gamat terus, berkali-kali, darah ttp turun, kemudian bila dah kurang terus balut. dah takut kena jahit. sbb luka terbelah sangat dalam. kena paksa dgn suami pergi ke klinik. di klinik, Dr. kata kena jahit. oh tidak, tak nak... katanya nanti lambat baik, "tak pa Dr., janji jgn jahit. sakit." (takut kena jahit hidup2-kata org)....
dan dapatlah merasa betapa bersyukurnya bila kita sihat.
anak2 siap berkata, "apa dah jadi ni", haru biru mereka ...lari sana, lari sini tgk darah penuh....hahahaa.... tapi sempat lagi, ...
"umi, nanti kakak p telefon pakcik pinjam tongkat pakcik".
"umi kena duduk kerusi roda ni"
"umi nak apa? kakak ambilkan"
"nanti kakak masak nasi dengan telur kicap aje la kat umi"
dan yg best (semasa dalam kereta pulang dari klinik),
"balik nanti jangan minum ais dah. tak boleh ni, nanti sakit kuat, kakak buat milo panas kat umi. ni umi asyik minum ais memanjang"
hahahaaa.... kena berleter dgn anak2.
syukur krn mereka prihatin... nilai kasih sayang
note : skdr catatan utk anak2 bila mereka dewasa.
pagi ini, bangun tidur, tertekan pulak ibu jari, sakit yg teramat....
No comments:
Post a Comment