Wednesday, November 6, 2013

Big Day : Iman

Catatan untuk anak umi yang di sayangi...

Pejam celik pejam celik, dah 6 tahun 8 bulan usia anak sulung umi. Lagi sebulan lebih, IMAN HAZIQAH ADHWA akan memulakan persekolahan tahun 1. Umi rasa macam baru aja ada anak. 

Dan hari ini, dah besar rupanya anak umi dan papa. Kelmarin dah selesai majlis 'konvo'. Persekolah fasa pertama, yakni, pra sekolah. Syukur alhamdulillah, kakak dah tamat pra sekolah. 

Ketika umur kakak 3 tahun, umi dah hantar ke Graduan Kecil. 2 tahun kakak di sana, mula mengenak huruf dan angka. Tahu membaca doa dan ayat lazim. Terima kasih pada guru di GK.

Ketika kakak 5 tahun, umi tukarkan sekolah kakak ke My Little Kingdom. Syukur alhamdulillah, kakak dapat menyesuaikan diri. 3 bulan selepas belajar di sana, kakak dah boleh membaca. Terbaik bagi umi, dan selepas 6 bulan, cikgu MLK bagitau, kakak telah dapat'speaking' sepenuhnya di dalam kelas. Umi pun agak kagum. Syukur. Tak sia-sia percaturan umi menukarkan sekolah kakak. 

Umi sangat berharap kakak dapat terus bersemangat untuk belajar mencari ilmu dunia dan akhirat. Belajarlah rajin-rajin. Semoga menjadi insan yang berguna pada semua. 


semoga nanti kakak dapat menuntut ilmu di menara gading.


syukur, kakak dapat 3 hadiah dan yang terbaik di dalam kelas.
penyampaian sijil prasekolah
gambar di screen besar ketika mengambil sijil
menerima hadiah terbaik
sesi bergambar

gambar di screen ketika mengambil hadiah
2 kali naik pentas : 1-sijil, 2-hadiah pencapaian
Syukur alhamdulillah : 
1. Top Achiever 
2. Special award of drawing and colouring competition
3. Best Pupil

Di bawah ni antara persembahan yg dipersembahkan.

Madagascar ~group Iman 
Aladin
Mermaid
Kung Fu Panda
3 MC ~ Chinese girl, Tajashri and my IMAN
Becouse you love me by IMAN  and friend

and other part, she sing behind me
and give me a stick of love
sempat bergambar before their back at stage
@screen
Hasil lukisan Iman yang dipamerkan di foyer Dewan Budaya semasa Konvo

Mr. Octopus
with her drawing ~  monkey 
cat
MLK ni ada 3 cawangan. Branch at Chai Leng Park (Iman school), Raja Uda and Bukit Tambun. Konvo Chai Leng Park dibuat pada pagi 4hb. Nov 2013. Ingatkan semua sekali macam last year. Gabung semua, rupanya kali ini ada 2 sesi. Cawangan lain, buat sesi petang. Terbaik lah. Persembahan pun sangat mengujakan.


1 comment: