Sunday, November 17, 2013

Cuti Sekolah : Perancangan agar setiap masa ada manfaatnya

Seronoknya hati...

Cuti dah pun bermula...

Hari ini mula duduk rumah sepenuh masa. Pagi hantar En. Suami pergi kerja di hadapan muka pintu. Lepas tu mula buat kerja rumah. Gembiranya bila sedang ampai baju, buah kuinin pertama luruh. Oh, best!

Boleh buat sambal belacan ni. Fuh, pasti nikmat!
Sedang merangka sesuatu agar cuti kali ini dapat manfaat sepenuhnya. Tak lah masa berlalu begitu sahaja. 

Antara perancangan ;

1. Nak ajar anak-anak membaca/mengeja iqra' cara baqhdadi. Sekarang anak-anak mengaji menggunakan kaedah iqra'. Cara ini baca teruskan. Iman & Nuha sedang baca iqra' 5. 
Kalau di sekolah, kebanyakkan murid tak tahu huruf jawi. Bila tanya huruf apa, akan dijawab, huruf a, ba, ta, ja, la, ma, na, ka ... Nampak tak? mereka jawab menggunakan huruf bacaan iqra'. Dalam erti kata lain, mereka tidak tahu huruf jawi. Huruf a tu adalah alif, ba, ta, sama huruf jawi, jadi tak pa la, ja=jim, la=lam, ma=mim, na=nun, ka= kaf. Bila suruh eja, tak tahu sbb kaedah iqra' baca terus.
Nak bagi Iman & Nuha tahu huruf jawi dan tahu mengeja ayat al-quran. Kaedah yang menggunakan baris fathah, kasrah dan dhommah. Harap mereka dapat menguasai sebelum sesi persekolahan tahun hadapan.

2. Nak buat tudung. Bukan untuk dijual, tapi untuk pakai sendiri. Insyaallah, banyakkan koleksi...nanti bila sekolah dah tak sempat nak buat semua tu.

3. Nak tanam beberapa jenis pokok. Kacang kelisa, bendi, dll. Kosong benar tanah rumah ni. Penuh ngan pokok bunga aje.

Ada lagi, tapi ini yg utama kot (eh, kot-kot pulak). Antaranya, anak-anak mesti buat latihan setiap hari...

Heheheee.... jom tengok pokok-pokok saya...

Cekur Hitam makin membiak
Orkid 
Limau kasturi
Kemboja cina
Yg ditinggalkan oleh penyewa sblm ini.
Puding ini juga ditinggalkan. Saya baja, belai, nah membesar bagai johan, dulu hidup segan mati taknak, 
Orkid ni baru lepas berbunga, kini muncul lagi. Nikmat pencinta orkid bila orkidnya berbunga!
Dan yang ini.
Juga yg ini, nampak tak sulur bunganya? menghala batang pokok kuinin.
Orkid ni berbunga juga, tapi jenis sekejap sahaja, beberapa hari dah habis. Jenis liar, bunga warna putih
Sedang menunggu pisang ini masak.
Jangan jemu ya...

No comments:

Post a Comment