Masih banyak kerja tertunggak. Sebab penyakit malas terus melanda tanpa henti....
tapi bukan itu yang hendak diceritakan...
Sebelum berpindah ke rumah sekarang, saya menyewa sebuah rumah kampung yang dibuat seperti semi-D. Kakak rumah sebelah telah berpindah keluar bulan nov 2013. Selepas dia berpindah, rumah memang kosong. Tinggal rumah kami sahaja.
Sebenarnya kakak tersebuat owner rumah dia, tapi diminta keluar secara hormat/paksaan kerana penama hak milik tanah adalah adik ipar ie adik suaminya. Rumah yang saya sewa milik adik ipar tersebut, tetapi keseluruhan tanah hak milik/penama adik ipar tu. Biasalah, org dulu-dulu suruh kongsi, duduk sama-sama, bila dah org tua tiada, harta tidak kira siapa, saudara dll. Jadi tanah tu dijual utk meminta kakak tersebut keluar.
Sebelum kami perpindah, iaitu bulan april, dari bulan januari, saya selalu nampak kelibat. Faham kan. Dan selalu juga saya ceritakan pada suami. Saya juga bermimpi sebanyak 3 kali, ada orang buatkan saya (sihir). Saya abaikan, malas fikir. Siapalah saya nak org dengkikan saya. Pernah sekali saya jaga awal pagi. selepas terjaga buka mata dan terus bangun nak keluar bilik, Terkejut saya tiba-tiba ada makhluk hitam tepi kepala saya. Bila saya terkejut, terus hilang. Saya sampai melompat terjerit..."oh..terkejut"...sambil usap dada...pastu cover cakap 'terkejut', bila suami terjaga....(xnak cerita padanya...saya cerita waktu lain). Kiranya banyak kali dan selalu jugak la kejadian melihat kelibat. Tapi saya bukan jenis penakut sangat, takut juga tapi buat-buat tak kisah....hahaha... dan saya pernah bermimpi saya dapat anak ketika ini...(nak anak sangat-sangat sampai termimpi).
Sampailah saya berpindah rumah baru. Selepas seminggu saya berpindah, saya pergi berurut badan dengan bidan kampung. Saja berurut sebab letih sangat. Bidan tu minta saya berurut 3 pagi. Naikkan peranakan saya, katanya jatuh. Saya akui sbb saya sakit tumit kaki (kata org berkaitan peranakan bila sakit tumit...betul ke?). Hari kedua, beliau beritahu ada benda menumpang saya, dia marah sebab kacau rambut. Kan masa berurut satu badan, makcik tu urut sekali rambut. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Benda tu marah dia, makcik tu kata, dia dah halau...(antara percaya dengan tidak....sukar nak kata....) Logiknya, saya dan suami kata, sbb tu saya selalu nampak benda akhir-akhir tu. Agaknya betul agaknya....sbb rumah sebelah dah kosong. So dia ikut saya selepas tu. Kawan pulak bercerita, kalau benda kacau kita, kita bermimpi dapat anak. Terus saya teringat tentang mimpi saya. Betulkah atau kebetulan? (kawan saya tak tau saya bermimpi)
Sebenarnya, suami pernah nampak kakak rumah sebelah menabur sesuatu sekeliling rumah dia sebelum dia berpindah...wallahuaklam....saya andaikan itu pendinding kerana kakak tersebut diarah keluar rumah...jadi sebagai langkah berjaga-jaga....kakak tu sebenarnya org baik, tak pernah kata apa, sampailah dia mengalah, walaupun hak dia rumah tersebut, tapi dia tetap keluar. Lupa nak cakap, suami dia dah meninggal..., kakak tersebut orang melayu siam dan cuti memang balik siam. Eh, ada kena mengena ka dgn cerita?...
Kemudian, sepanjang bulan mei hingga julai, saya menghadapi migraine yg teruk. Sepanjang beberapa minggu, setiap hari sakit kepala yang teruk. Selalu cuti sakit. Tiap bulan. Setiap hari sakit kepala. Selagi tak makan ubat, tak akan hilang. Tu yang membuat saya tak tahan. Sampai saya buat medical check-up di klinik kesihatan. Buat ujian darah dan pelbagai. Ambil tekanan darah setiap hari. Resultnya, saya tiada darah tinggi. Agaknya saya migraine sahaja. Tapi Dr. cakap cuba makan ubat dulu. Dr. beri saya ubat darah tinggi. Bila makan, pening sampai tak boleh bangun. Saya andaikan saya tiada darah tinggi. jadi saya berhenti makan ubat. Pandai sendiri saya kan....
Satu ja saya rasakan. mungkin ada petanda lain. Tapi saya malas nak jumpa sesiapa, nanti dikhabarkan saya dixxxx la, dixxxxxxx, bla bla bla.... so saya malas nak berjumpa org-orang seperti itu. Bukan tak percaya, tapi susah nak cakap.... faham kan....
Syukur alhamdulillah, selepas tu saya makin berkurang sakit kepala.... dan dah lama saya tak sakit kepala yang teruk dan kerap. Walaupun stress menyiapkan kelengkapan menghadapi peperiksaan upsr sept. lepas, tapi saya tak sakit kepala.
Tapi, seminggu ini, saya bermimpi saya mendapat anak 2 orang. Kata org tua-tua, mimpi dapat anak, gangguan syaitan, dan mungkin ada yang datang pada kita. Ya Allah, takutnya saya. Dan selepas tu, setiap malam saya bermimpi yang takut-takut. Dan 2 minggu ini, mata sebelah kanan asyik mengerdip. (kata orang nak melihat benda baik). Tapi hari ini kiri dan kanan mengerdip. Dan ada gangguan di telinga saya. seolah ada benda mengipas ditepi telinga. Terasa berdesing cam tu. Lama pulak tu. Serentak itu, mata kiri mengerdip. yang saya cakapkan tadi. Bila saya masuk bilik air di sekolah, saya lihat cermin sambil bercakap, kalau kau nak bagutau kau ada, tunjuk lah... tapi dlm hati, tak kot, sbb siang hari.... tiba-tiba pintu ditolak dari luar, tersirap darah saya sbb saya tak nampak sesiapa dengan sekelip mata, terus dalam hati, betul ke? sambil menafikan...sekelip mata juga muncul kawan saya....yang menolak pintu bilik air....
Malas saya nak berimaginasi dan melayan imaginasi saya. Cuma saya takut andai ia betul, perlukah saya berubat? Adakah betul saya disihirkan seperti saya bermimpi?
Bila bab mimpi, saya memang takut, sebab saya selalu mimpi. Contohnya,
1. Ayah saya meninggal, saya mimpi gigi geraham saya patah.
2. Saya dapat masuk universiti, saya bermimpi juga (saya abaikan~mainan tidur, sbb terbawa dengan keinginan...)
3. Emak saya meninggal, saya bermimpi, semua gigi geraham atas habis tercabut. Rupanya saya kehilangan ibu dan bapa sekali (sebelum ini. bermakna saya ketidaan keduanya, sbb tu gigi habis semua.)
4. Saya dapat kerja, saya bermimpi air yang banyak sekeliling rumah saya, Kata orang, mimpi air, rezeki. Betul atau kebetulan?
5. Saya nak dapat jodoh, saya mimpi ular.
6. Saya mimpi gigi patah lagi.....puas saya fikir, siapa pula kali ini....berbulan kemudian, rupanya nenek saya meninggal dunia.
Mimpi di atas, mengikut rentetan peristiwa....
oh ya...
7. Saya bermimpi saya masuk universiti, tapi bila nak daftar, macam tercari-cari...dan akhirnya terjaga...kira tak sempat mendaftar _ relevannya, syyyy....(jgn bgtau org...hhahahahah.....) saya pernah buat master....separuh jalan saya berhenti...malas...sebab saat itu saya dah dapat kerja tetap...ie..cikgu...
Susah saya nak cakap. Minda melayu, macam percaya...tapi...
sekadar bermonolog sendiri dan mencoret kenangan....
No comments:
Post a Comment