Monday, August 26, 2013

Ramadhan 2013 : Iman ~ TAHNIAH!

Alhamdulillah. Syukur padamu Ya Allah. Atas rahmat dan limpah kurniamu, Iman Haziqah Adhwa mula berpuasa tahun ini. Ketika usia 6 tahun 6 bulan, dapat berpuasa 23 hari. Tinggal 6 hari...
Syukur sangat-sangat kerana kakak berjaya mengharungi cabaran lapar dan dahaga (secara amnya). Umi sendiri tidak menjangkakan kakak Iman dapat berpuasa penuh. Mulanya umi merancang agar kakak hanya berpuasa ketika ke sekolah. Pabila balik, tengahari, makan dan minum di rumah. Kemudian cuba berpuasa kembali sampai kepetang. Rupanya umi memandang rendah dan tidak berkeyakinan pada anak sendiri. Hari pertama, kakak berjaya menahan lapar dan dahaga. Walaupun ada juga meminta air, hendak berbuka, tetapi pabila umi berkata, rugi buka, sebab dah tak lama...kakak bersabar. Umi sangat berbangga dengan kakak. Kakak sebagai anak sulung berjaya memberi contoh baik pada adik. Walaupun adik tidak berpuasa langsung, seringkali menghulurkan makanan pada kakak, tapi kakak berjaya menahan nafsu. Berjaya menepis cabaran yang adik lakukan kepada kakak. 

Ingin umi coretkan juga disini, sebagai memori untuk kakak apabika kakak dewasa kelak, pada hari kedua berpuasa, tika tinggal 5 minit akhir sebelum berbuka, kakak membantu umi menghidang makanan, kakak ingat dah masa untuk berbuka, jadi kakak masukkan kuih kedalam mulut. Mujur papa nampak, jadi umi minta kakak luahkan dan berkumur. Kakak menangis. Umi dan papa sabarkan kakak. Terangkan bahawa belum waktu berbuka, tunggu azan berkumandang....kakak dah muncung....hehhee...sabar anak umi, lagi beberapa saat.... tika itu, kakak bersuara dengan perasaan yang 'fed-up'..."dari tadi kata sat, sat, ni dah lama pun tak boleh makan lagi. posa apa ni....kakak dah lapaq sangat ni....pasai apa yang tak boleh makan. bila nak makan?...bla..bla.." Umi nampak, seolah-olah kakak dah keciwa sangat. Dah hilang sabar kakak. Kakak sangat 'fed-up'. Macam marah pada Allah. Terus umi tenangkan kakak. Umi peluk kakak. Usap kakak, sambil bercakap dengan kakak. Menerangkan banyak pahala orang yang bersabar, orang yang berpuasa...dan pelbagai...Kakak terus menangis teresak-esak dan akhirnya dapat bertenang. 

Akhirnya kakak berjaya berpuasa 2 hari. Tapi umi takut juga andai kakak dah tak nak puasa selepas itu. Alhamdulillah, kakak meneruskan puasa. Walaupu setiap minggu, rabu dan jumaat kakak ada course sampai petang, kakak masih mampu berpuasa. Tahniah kakak. Tahniah. 

Sebagai ganjaran, papa hadiah wang, umi beri duit raya lebih banyak dari adik, juga kakak dapat duit raya lebih dari mak tam dan mak ndak. Insyaallah, selasa ni papa cuti, umi bawa kakak beli buku cerita yang kakak nak tu dekat Hasani. 

Semoga anak umi terus berpuasa dan dapat berpuasa penuh pada tahun hadapan. Juga semoga anak umi berjaya dalam hidup. Tahun hadapan, dah nak sekolah dah. Umi doakan kakak berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Berjaya menjadi anak yang solehah pada umi dan papa dan menjadi kakak yang menjaga kebajikan adik. 

wajah tetap ceria w/pun keletihan selepas pulang dari course pada hari pertama puasa ~6.20pm





1 comment: