Hari ini hari Ahad. Hari untuk merehatkan diri sendiri. Tambahan pula En. Jun bekerja disiang hari. Lagi lah seronok. Hehhee..jangan marah papa sayang. Nanti tak dapat pergi BBQ baru tau...ngeh3x....
Saya memang suka kalau suami kerja siang dihari Sabtu dan Ahad. Sebab saya dapat berehat di rumah dan yang pasti banyak kerja dapat diselesaikan. Kemas rumah, cuci di luar dan di dalam rumah, lipat baju yg berlambak dan merancang aktiviti gerak kerja sekolah saya. UPSR lagi 2 minggu ja, jadi banyak perkara perlu dirancang untuk memastikan semua keperluan disediakan dengan sempurna.
Anak-anak dengan aktiviti mereka. tv, cartoon, tv, sambil selang seli latihan serta membaca buku cerita. Semoga kemahiran membaca dan perbendaharaan kata makin bertambah. Tapi yang sebetulnya, tengok tv, siaran cartoon tu lagi banyaaaaaaaaaakkkkk masa dari buat latihan.
Selepas selesai mengemas rumah, ampai baju, seperti biasa mengadap laptop. Membaca... (inilah masa rehat saya yang sebenar...terapi minda konon-kononnya...membaca itu ini..google sana sini mencari ilmu baru.) Jam 7.50pg, anak-anak dan bangun. Mandi. Dan inilah sarapan pagi ini selepas nak buat goreng pisang nangka, tetapi tepung tinggal sedikit. Tak cukup. Lepas intai apa yg ada, maka sangat heavy breakfast...
Steak dengan kacang panggang serta bunga kobis. Salad tak ada la pulak. Daging steak ni dah lama beli, tapi tak buat. Yang besar tu pasti umi yang punya!
Breakfast |
Lunch |
Makan tengahari kami pukul 3 ptg. Hehehee...sebab umi baru masak. Sambil tengok nona, sambil masak. Gulai semilang (sembilang?) dengan bendi, sayur campur sos tiram bersama cendawan butang (juga nak menghabiskan stok barang yang dah lama beli = sama dgn daging steak tadi), sambal petai, dan timun bercicahkan cabai picit (sebab cabai besar tak ada...hanya ada cabai melaka sahaja, jadi hiris, picit bersama belacan baru..(belacan baru mmg sedap. Belacan tumbuk, beli di Singkir. Sejak tahu belacan ni sedap, kami dah tak beli kat tempat lain dah.)....fuh...terangkat.)
Iman & Nuha, makan bersama ikan gulai dan sedikit sayur yang dipilih mereka. Iman makan kobis sahaja, Nuha tak nak kobis, hanya ambil cendawan butang dan bunga kobis. Susah betul nak bagi anak-anak makan sayur. Kalau sayur hijau, lagi susah. Iman tolak terus. Kalau goreng telur mata atau telur rebus, 4 biji setiap mereka pun boleh habis.
Alhamdulillah. banyak kerja selesai hari ini...
Tengok papa sayang, kalau papa tak ada, kami dapat mengemas rumah dengan sempurna. Kalaulah papa ada, mesti kerja terbengkalai....hahhaa...jangan marah....papa kan suka bawa kami ronda...jadi hari ini kami tak dapat ronda la...huhhhhh.... itu ayat tu terkeluar tu sebenarnya.....sebab tak dapat ronda hari ini....
No comments:
Post a Comment