Sunday, July 7, 2013

Riang Ria....la sangat..

Dapat 'ini' petang semalam. Reward utk diri sendiri.


cenderahati dari tomei sbb ada jucso card

Semalam saya pergi lagi ke Tomei (minggu lepas, time pergi Jusco, terpandang, emas turun, dah belek-belek, tapi tak beli, sbb tak rancang pun). Tapi kali ini dengan tujuan tidak lain untuk membeli emas lah. Beli rantai tangan untuk Iman dan cincin untuk saya. Reward dapat tunggakkan gaji dari Januari hari tu. 

2 bulan lepas, saya dah tukar rantai tangan lama saya. Untuk Nuha pula, saya dah tukarkan rantai, rantai tangan dan rantai kakinya. Ketiga-tiga barang milik Nuha ni, putus semasa memakainya raya tahun lepas. Entah bagaimana Nuha memakai, saya pun tak pasti, tiap tahun asyik bertukar, sbb putus. Saya tukar hari tu masa emas turun. Dulu beli emas rm198/gram. Masa tukar, rm160. Dah rasa murah, tukar siap-siap...(tapi rugi jugak sbb tukar harga murah, -nak untung, beli aje time murah, jgn tukar -betul?)

tup tup.... sekarang lagi murah....rm145. Tapi itu harga kedai emas di bawah kawalan persatuan kedai emas. Antaranya kedai emas Tomei, Habib & Poh Kong. Kalau kedai emas yg biasa di mana-mana tu, emasnya lebih murah. Macam sekarang, emas Tomei rm145, kedai emas Anuar & beberapa kedai emas milik chinese, rm132. Kenapa lebih murah? Ada sebabnya.... 

Terpulang pada diri masing-masing, dekat mana nak beli, setakat ini saya memang berpuas hati dengan Tomei. Dulu, saya beli di Permatang Bendahari, kedai emas Giap Leong, kedai di Bukit Mertajam, depan balai polis (lupa namanya), kedai emas Anuar di Perda, tapi sekarang saja bertukar angin kata orang. 

Kadang-kadang kita tak tahu kualitinya...

Saya rajin juga bertanya tentang emas ni bila di kedai emas, jadi mcm2 jawapan yg dapat....kita nilai sendiri lah... kenapa ada yg akan nampak lusuh bila lama memakainya, kenapa ada yg sentiasa nampak seperti baru... dan saya dapat membandingkannya sendiri.... 

Apapun, bila beli emas ni, hati jadi riang....hehehheee....

(Iman dah jadi ada 2 rantai tangan, nak tolak yg lama sayang, sbb emas murah, jadi beli aje baru, yg lama nnt kita tolak. Saya beli emas ni sekurang-kurangnya bak kata orang tua2, nampak hasilnya/duitnya... beli dgn duit APC, tunggakan, dll)

Semasa saya pergi Kelantan Terengganu baru-baru ini, ada 1 kedai di Kelantan, punya la ramai orang, rupanya dia jual emas tanpa upah....mmg ramai sgt2. Kat Pasar Payang pun, ramai membelek emas. Saya pun jengok jugak. nak tengok, apa yg ramai sangat....tapi tak la beli.....

Beli kali ini, dapat baucer rm135. Expired date 31 Julai 2013. Sebulan aje... ada sesiapa nak? nak bagi free...untuk emas putih ye...

note : sekadar berkongsi keriagan di hati...


No comments:

Post a Comment