Thursday, July 4, 2013

Bubur yang halal!

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

pagi tadi, saya tak (malas) nak masak. kat dalam peti ais ada ikan yg banyak (hasil pancingan en. jun ahad lepas) dan daging. sayur tak ada langsung. telur pun. erm...sambil berfikir, hari ini anak-anak nak makan apa dan bawa bekal apa....

memandangkan masa macam tak mencukupi sahaja, jadi ambil keputusan, pagi ini beli sahaja. sejak duduk sini (lepas pindah), belum pernah saya beli untuk bekal anak-anak. kalau time en. jun ada, biasa la. bukannya rajin, tapi taman ni ada 2 tempat sahaja yg boleh singgah beli. satu jalan keluar depan masjid, lagi satu jalan keluar dekat roundabout. itu pun 2 tuan/gerai aje. dan 1 kedai roti canai. kat luar ada banyaaaakkkkkk....kalau dekat market, lagiiiii banyak. tapi kalau pergi ke sana, bermakna kena pusing balik utk ke sekolah anak-anak dan sekolah saya. hehee... almaklumlah....rumah saya sekarang dekat sangat. saya jalan kaki je ke sekolah.....tapi bawak jugak kereta ....bila kena hantar anak waktu en. jun kerja. pusing balik lepas hantar anak-anak, keluar dari taman saya duduk ni, terus masuk taman sekolah anak-anak. dekat sangat. tu yg tak jumpa org jual makan banyak tu.... eh..sebenarnya nak cerita lain...  

disebabkan tak masak pagi tadi, saya nak beli aje, tapi makcik tu tak jual la pulak. so, tak ada pilihan dah. terus aje ke sekolah anak-anak. hantar sms dekat en. jun, suruh hantar makanan ke sekolah mereka bila pulang dari kerja nanti (en. jun kerja malam, balik pagi). 

dan dia pun hantar. 1 untuk iman dan 1 untuk nuha. entah macamana, kesilapan teknikal berlaku... makanan dekat iman sampai, tapi dekat nuha, cikgu salah murid. cikgu yg ambil masa en. jun bagi, serah dekat guru kelas nuha, cikgu kelas silap @ cikgu yg serah entah. makanan tersebut diserah pada kawan nuha. seorang anak melayu yg lain, nurul sharifa namanya. 

jadi, nuha tak makan masa rehat pertama. hanya minum air. nak dijadikan cerita, cikgu v (vimala -guru kelas nuha), beri bubur padanya masa rehat kedua. iaitu pukul 12 lebih, sementara tunggu masa balik. cikgu v bagi bubur pada nuha dan cakap bubur ni halal. dan nuha pun makan.

hadoiiii...nuha ni susah sikit. dia kurang faham apa yg saya pesan. bukan saya tak pesan, berkali-kali saya pesan agar jangan makan sebarang makanan, kecuali coklat. itupun, bawa balik ke rumah dulu... 

bubur tersebut dimasak oleh pembantu sekolah mereka. yang mereka panggil kakak (kakak indon). yang sorang tu nama kakak seri. yg lain tak pulak saya tahu....org indonesia (maaf) sukar nak pastikan tahap islamnya. (tak pasti islam atau tidak). dan makanan yg dimasak, memang tiada benda yg tidak halal tu, tapi tahap halal pada hukum tu yg masalah...kicap, ayam, meragukan!

kesimpulannya, nuha dah dua kali buat kesilapan. dulu sekali, teacher dia suap kek birthday dashini bawak. semua orang cikgu suapkan. nuha siap cakap, dia makan sampai 3. maksudnya 3 pinggan. 3 slice kot. masa ni kek birthday untuk kelas, bukan yg sambutan setiap bulan tu. kalau sambutan birthday setiap bulan tu, iman dan nuha tak makan. dia dah tahu. dan cikgu pun tak beri. 

itulah kisah bubur yg halal. point satu aje....penceritaan...panjangnya...fail...


No comments:

Post a Comment