Friday, July 26, 2013

Ramadhan 2013 : Permatang Tok Mahat

Hari ini Penang cuti. Cuti Nuzul Quran. 

Anda tahu Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat? Dulu tak ramai yg tahu, sekarang boleh dikatakan ramai yg tahu. Ada apa di sana? Tempat jualan baju, tudung, telekung, juga pakaian seperti blause dan t-shirt. Terkenal dengan harga yang murah. Tapi awas, kena bijak. Walau bagaimana pun, jika mahal, masih harga dibawah paras tempat biasa yakni, dikedai-kedai... Menarik bukan. Senang kata, murah!

Memandangkan hari ini cuti, saya pergi kesana. Untuk mengambil tudung kanak-kanak yang dipesan. Saya agak, mesti ramai sebab Penang, cuti, jadi, saya bertolak dari rumah jam 8.15pg. Sampai tol. 8.40pg. Dah jam la pulak. Sudah. Dapat agak dah, mesti jam sebab Permatang Tok Mahat. Bayangkan, dari tol dah jam (kawasan ni masih bergerak perlahan), sampai 1/4 perjalanan dari tol, jalan dah bergerak semput. Campur dengan kenderaan potong Q. Jadi, saya pusing dan masuk jalan lagi satu. Lega. Perjalanan lancar. Malangnya, lagi 3-4km, dah jam jugak. Bukan jam sikit-sikit. Jam teruk @ ayat kurang sopan, jam gila... Parking tak payah cerita la, 5-6km org parking,  termasuklah saya. Sabar je la...mujur ada shortcut sebab jalan kaki. Jadi boleh tahan la, tp ttp jauh juga. Pukul 10++pg baru saya sampai. Sedap makan jem dibulan puasa....1 jam lebih...

Sepanjang saya berjalan nak sampai ke tempat jualan, org dalam kereta asyik bertanya suami, "ada apa ni? jalan jam sangat ni" (oh, mereka tidak biasa dgn kawasan ini agaknya). Suami pun jawablah...

Manusia, punyalah ramai. Nak membeli belah pun susah. Naik pening. Tapi baju dan tudung tak usah cerita la. Murah sangat berbanding yang dijual di butik atau kiosk shopping complex. Sebab saya dah kena tahun lepas. Bulan puasa tahun lepas. Beli baju kurung (patern baru) di kedai dalam tesco rm230 setelah discount. Selang seminggu saya pergi Permatang Tok Mahat, baju, jenama, patern, warna, kualiti kain, bak kata org, a-z semuanya sama, harganya rm120 shj. "Harga letak, boleh tawar lagi dik". .....terus berkata, mereka berniaga...ayat penyedap hati. 

Sejak saya tahu tempat ini tahun lepas, banyak saya jumpa peniaga pasar malam dan butik mengambil barang di sini. Butik terkenal di Seberang Jaya pun mengambil barang di sini. Penjual pasar malam yang saya kenal, (dah pergi pasar malam, jadi cam la dia tu peniaga), pun ambil di sini. Ambil bundle. Dulu, nak beli kena ambil bundle atau kodi. Dalam erti kata lain, kena beli banyak-banyak. Tapi setahun dua ni, tambah-tambah waktu nak raya ni, dapat beli dgn harga helai dan harga borong. Tudung kat Tesco rm65, dpat harga rm45, kalau beli 5 helai dapat harga rm30. Nampak tak murah. Tapi kena beli 5 lah. Kalau rezeki kita, pandai pujuk, dapt harga borong w/pun sehelai. Memang murah sangat barang kat sini. 

Hari ini, tudung yang mereka jual rm45 tu, dijual dgn harga rm30 shj sehelai. Ada tempat, saya lihat tudung yang sama, jual 5 rm100. Bermakna 1 helai hanya rm20 shj. Oh, tidak. Minggu-minggu yg lepas, saya beli rm30. 

Tadi saya hanya membeli tudung kanak-kanak 4+3 =7helai sahaja. Tudung dewasa untuk Iman sehelai. Tudung ni saya dapat rm28, (harga jualan rm30), sebab saya selalu ambik disitu, dah kenal dgn penjual, tempat yg saya kata 5 rm100 tu,kalau ambil sehelai rm25. Kan, saya dah rugi.......................

Hahah.... tak berbaloi pergi, sebab Iman & Nuha dah berbunyi, letih jalan. Kesian, saya pun balik. Tudung untuk adik ipar saya pun tak sempat nak beli (dia pesan). Dah cari tapi tak jumpa yang berkenan. Nak beli telekung untuk Iman yang baru, pun tak sempat nak cari. Ramai sangat orang, nak jalan pun susah. Lagipun suami kena tidur, malam ni kerja lagi (dia kerja semalam, balik pagi tadi, terus bersiap dan pergi sana).

mood dah malas nak menaip plak. Hanya itu ceritanya....boleh gitu ye??.....hahhaaa..apa-apa lah...


No comments:

Post a Comment