Friday, July 26, 2013

From Taiping with love

fotoshoot @Taman Tasik

Picnic (buy & lunch)

Nuha & one of member in 'Deigo'


Panas kami hari yang tersebut, geng baju hitam, 
terlupa kata nak bersantai-santai tempat panas....aka luar aircond. Silap plan. Tapi bukan geng blackout!

Hari meronda masuk kampung orang. Peristiwa berlaku di Perak, seminggu sebelum puasa. Bermula kami bertolak ke Batu Kurau, misi mencari durian, tapi tak banyak, sebab durian Batu Kurau tak menjadi (menurut kata penjual). Sempat juga kami singgah di tepi jalan makan durian. 3 biji utk 4 beranak. Sebenarnya nak lagi, tapi nak makan kat gerai lain pulak, rasa buah lain pulak, sekali....tak de dah....hanya 1 kedai tu ja jual tepi jalan, yg lain kedai dlm pekan. 

Kemudian meronda tengok tempat kem. Banyak juga ada pusat motivasi kawasan Batu Kurau ni. Ada Kurau Stone, Mawaddah, Teratak Afrina dll. Cari kawasan sungai yg cantik. Seronok juga Batu Kurau ni. Nyaman dan tenang. Lapang dada. Saya memang suka kawasan kampung. Sebab tu suka ronda masuk kampung. 

Selepas tu, kami ke Taiping, Dari mula bertolak, kami ikut jalan biasa, tak masuk highway. Sampai Taiping, berkelah dulu. Semua dah lapar. Berada di tepi tasik, banyak lah boleh lihat pasangan pengantin ber'fotoshoot'. 10 pasangan ada la kot. 

Kemudian bawa anak-anak masuk zoo Taiping. Saya tak berminat sangat, tempat tak berapa terjaga. Tak cantik pada pandangan mata. Dari dulu lagi. (kenapa zoo luar negara even Thailand & Singapore boleh cantik, bersih?Zon iklim yg sama kan!) Dulu selalu bawa anak-anak ke sini, konon nak kenalkan dengan binatang, sejak dah bersekolah, terlupa pulak nak bawa mereka. Bagus bawa kali ini kerana Iman & Nuha dah boleh baca. Setiap papan kenyataan tentang binatang, mereka baca. At last, ayat ini yg akan keluar "umi, papa, ni la haiwan yang Dora dengan Deigo dok tolong tu. oooo cinpanzi ni nak sama dengan monyet dengan kera." Macam-macam mereka jelajah hari tu. Kebetulan, saya sangat penat. Tak mampu jalan banyak, saya berehat di kerusi, mereka berdua berjalan-jalan dengan papa. Siap mengomel tentang saya dekat papa diaorang, " apa la umi tu papa, baru jalan sikit penat, leceh lah. Kita nak jalan tengok haiwan ni, lain kali kita datang lain lah....asyik-asyik penat, asyik-asyik penat" ....alahai anak, umi kamu dah tua....

cerita basi...sekadar kenangan untuk anak-anak di hari muka. 

No comments:

Post a Comment