Note : Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk...jauh sekali untuk berbangga. Sekadar membuat catatan untuk kenangan anak-anak di masa akan datang.
Iman & Nuha dapat report card minggu lepas. Peperiksaan sebelum cuti sekolah/ mei yg lalu.
Report card kedua bagi Iman kerana tahun kedua belajar di My Little Kingdom (MLK), Chai Leng Park.
Nuha kali pertama kerana tahun ni baru masuk MLK. (Iman 2 tahun di Graduan Kecil - umur 3&4 tahun. Nuha setahun di Graduan Kecil - umur 4 tahun)
Ini result Nuha. Syukur alhamdulillah, dapat 100% untuk BM, BI, Mate, Science.
Moral aje dapat 99%. Kurang markah bahagian conduct. Bukan bahagian bertulis. Sekali lagi bersyukur. Saya nampak markah bahagian tersebut di padam dgn liquid paper. Kebetulan, semasa hari sukan sekolah saya, saya terjumpa dengan teacher Vimala, bertanya dengan sikap dan sifat Nuha semasa di sekolah....banyak juga kami berbual...maka, teacher tercakap pasal markah moral....sebenarnya dia letak 100%, tapi pihak pengurusan tadika memadamnya. Alasan baru semester 1. Logik juga.... sebab tu saya tak kisah markah tersebut, sebab bukan bertulis/pengetahuan.
Ini pula markah Iman. 100% untuk BM, Mate & Science. Alhamdulillah.
BI dapat 98% - 2 markah hilang sebab kecuaian Iman menjawab soalan. Iman tersilap menulis ayat "I likes strawberies". Tersalah letak s pada perkataan like. Katanya dia ingat strawberies tu satu sahaja. Lupa strawberies bermaksud lebih dari satu..... hehhe...saya marah dia sebab cuai.
Moral pun dia dapat 99% mcm Nuha....
Lupa pulak nak snap soalan peperiksaan mereka. Soalan diserahkan pada waris untuk simpanan.
TAHNIAH untuk anak-anak umi.
Teruskan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar menjadi insan yang berguna pada keluarga, agama dan negara.
Ilmu sangat penting untuk menghadapi masa mendatang yang sangat mencabar.
No comments:
Post a Comment