Sunday, June 30, 2013

Moga dijauhkan dari ....

Petang Isnin minggu lepas, saya dan suami dapat sms dari sekolah Iman & Nuha. Sms memaklumkan sekolah ditutup selama 5 hari bermula Selasa sehingga hari Sabtu. Sebabnya, ada kes penyakit kaki tangan dan mulut atau Hand Foot and Mouth Disease (HFMD). Yang selalu berjangkit pada anak-anak. Patutlah hari Isnin tersebut, balik dari sekolah anak-anak tunjuk surat dari guru, memaklumkan semua peralatan termasuk permainan dinyah kuman. Rupanya ada 10 kes dan 2 kes admitted. Seronok Iman & Nuha dapat cuti.... Selasa-Khamis mereka pergi rumah Maktok. Jumaat duduk dengan papa sebab papa cuti. 

Petang kelmarin, Nuha mula demam. Pagi tadi, (ahad) pegawai kesihatan dari Kilinik Kesihatan Seberang Jaya call bertanya tentang Izzaz Nuha. Terus teringat ada kaitan dengan My Little Kingdom....bagus! Tindakan yang membanggakan. Pihak kesihatan bertanya pada ibu bapa. 

Bila dia bertanya, "anak puan sihat?" Haaaa...terkejut betul....alamak....Nuha demam. Terus saya maklumkan tentang Nuha. Pegawai tersebut bertanya ada berjumpa Dr. Oh...hanya beri ubat demam sahaja. Disuruhnya melihat tapak kaki atau tangan atau didalam mulut sekiranya ada biji-biji merah. Saya cakap tiada....Selepas berbual dengan pegawai itu, saya terus belek semula Nuha. Ya Allah...ada biji merah celah tangannya....tapi 1 sahaja.... apa nak buat ni...betul ke terkena jugak?. Minta dijauhkan.... 

Nuha terus diam, cuak dan pucat. (termasuk Iman sekali). Try call papa, mujur dapat...(papa ke laut memancing....kami ikut balik kampung sejak petang semalam. Papa naik bot kat Kuala Dulang, area my kampung). Tunggu petang ni, jika biji-biji ada, nak bawa ke klinik. 

Tak lama kemudian, Nuha tidur...nak gelak pun ada....terus dia takut.... Yang Iman pula datang berbisik, "kakak takut adik kena sakit macam Gejen" (kawan dia yang mmg terkena sakit tersebut). Suara Iman dah nak nangis.... tahu pun sayang adik. kalau tak, asyik gaduh aje....suka sangat usik adik!

Semoga Nuha hanya demam biasa. Kena pantau ni. Sebelum ni, bermula hari selasa tu, memang saya pantau. Tiap masa check mulut dan tangan. Bila Nuha demam, tak terlintas la pulak.... 

Ya Allah...

No comments:

Post a Comment