Sunday, March 10, 2013

Menu makan : Pavlova


Akhirnya....
Saya berjaya membuat Pavlova yang menjadi kesukaan family. Kali pertama makan, order dari blog. Terus jatuh cinta!

Cuba buat, kali pertama buat, meringue jadi...tapi cream tak jadi....rupanya salah beli, terbeli yang 'dairy milk' punya. Patutlah 3 kali beli dan 3 kali buat guna cream tu tak jadi....beli kat Tesco, Pacific, Jusco, hanya ada 2 3 brand tu je. Last, jengah kedai kek, baru nampak bertulis 'non dairy' jenama Rich. Patutlah tak jadi....sejak tu, dah beberapa kali buat. Menjadi jugak akhirnya..... ok lah bagi saya yang tak pandai ni.....

Malam ni, sekali lagi buat (gambar atas). Minggu ni dah 2 kali buat. Sebelum ni buat pagi isnin lepas. Bawa ke sekolah.
yang ini saya buat isnin lepas. bawa utk kawan-kawan sempena my anniversary (gigih buat pagi-pagi buta).

ermmmmm....
Senangnya nak buat. Tapi bila beli, agak mahal. Bila menjadi ni, buat lebih jimat. Modal pun tak le mahal. Beli buah-buahan kat Tesco, boleh buat 3 kali.... (Maaflah sesiapa yg menjual....ini pendapat ikhlas saya)


Yang ini pulak bulan lepas.
ada juga saya buat 2 lapis......macam beli....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ini pula, yang saya beli....rm75. Dua lapis.

radziah AR

1 comment: