Sunday, December 16, 2012

Makanan

Semua makanan ini saya snap semasa bercuti di Kelantan baru-baru ini...manisssssssssssssssss


Sira Pisang
Sira Labu
Akok
Tapai ubi kayu (campur telur ~yg nampak putih2 tu)
Ketupat sotong (dalam ada pulut, kuah manis sgt2)
utk steambot ~anak2 suka yg berbentuk Angry Bird tu. Ini aje yg tak manis
Saya beli sbb nak rasa, teringin. Ketupat sotong tu selalu cari kalau pergi sana. Seronok mencuba makanan tempat/negeri lain yg bukan kita selalu/tak pernah buat! Tapi maaflah...kadang2 pelik juga sbb orang Utara tak biasa buat gitu (ketupat sotong & tapai ubi yg campur telur ~ hanyir~). Sekarang, pergi Kelantan mmg cari makanan sana, ye lah....jarang jumpa kat sini....

Semasa kami singgah rumah bekas jiran kami di sini, kat Terengganu (beliau telah berpindah balik negeri), beliau hidangkan bihun goreng dan air sirap yg sangat wangi...air sarbat kot...entah...saya pun tak tahu dia letak apa...sangat wangi dan menyelerakan.... tapi.....tersangatlah manis...bak kata org...manis gila...seteguk terus tak boleh minum...tapi tak baik kalau tak habiskan...(adab kena jaga, apatah lagi perasaan), jadi kami semua minum! Bihun goreng pun bukan setakat manis sikit2, tapi memang manis betul!!!!

Lain negeri, lain budaya, lain adat...tapi kita semua serupa....hamba Allah.

Radziah AR

No comments:

Post a Comment