Wednesday, November 21, 2012

Cuti Sekolah : Aktiviti 2 ~ Balik Kg.

Dari hari Selasa - Ahad lepas, kami balik kg. Memang best. Tapi tak rasa sangat duk kg. Kekdahnya sbb asyik jalan2. Selasa pagi dah keluar rumah. Bayar bil dan pelbagai lagi yg perlu di'settle'kan....sampai rumah kat kg dah ptg. Rabu ptg lak, keluar ronda. khamis kenduri di Selama, Perak. Balik dari Selama, singgah rumah kami kerana dah letih. Buat keputusan, tidur dan pagi jumaat baru gerak ke kg. semula. Tapi apa jadi..........Pagi Jumaat, dpt idea nak bawa anak-anak masuk Toy Muzeum kat Teluk Bahang. Apa lagi... terus meronda Penang. Balik rumah, dah malam. Malas balik kg lagi sekali. teruk betul.....sekali lagi buat keputusan, besok pagi balik....hahhahaha...bila dah tak jadi balik, letih hilang la pulak, pergi ekspo kat Kubang Menerong. Memang pagi sabtu, terus balik kg. Itu pun singgah Sungai Petani makan tghari kat Village Mall. Kemudian, ronda AmanJaya Mall yg baru di buka. Terus ke Alor Setar utk menziarah rakan yang baru mendapat baby boy. (eh, singgah rumah kg sat sbb nak ke bilik air.....jalan sungguh...). Ahad, bercadang nak balik dr kg malam. Tapi jam 10am, mak pengasuh call menyatakan tok ayah meninggal. Apa lagi, masak dan tinggalkan mknn pada adik yg telah pergi kerja, terus bersiap dan balik Taman Pauh semula. berapa jam la sangat balik kg....... 
Mujur tiada siapa di rumah kg. (hanya ada seorang adik lelaki yg telah bekerja), kalau ada mak ayah, mau nya kena marah ..... sbb tak dok diam...asyik keluar aje...dan tak menolong pun.... itu kalau ada mak ayah...
Sebenarnya, saya dah tiada ibu dan ayah. Mereka telah pergi mengadap ilahi hampir 18 tahun yg lalu... sejak saya tingkatan 6 atas, dan ibu tiada ketika saya tahun pertama di UM.
Saya tetap balik ke kg. setiap bulan kerana bagi saya, itu rumah keluarga saya. Berhari raya di sana bila tiba 'turn' saya. Saya tak sanggup melihat adik-adik saya berada di dalam kesedihan/kesunyian dek ketiadaan keluarga (2 org adik saya belum berkahwin lagi). Jadi tanggungjawab saya utk memasak bila setiap kali balik kg. Bila saya masak (w/pun tak sedap :p) adik ttp berkata makan special hari ini sbb tak perlu makan di kedai.......
begitulah ceriteranya....melalut entah kemana.....

Saya balik dari kg hari Ahad krn, Isnin 19.11.12, UPSR keluar. Saya kena pergi ambil keputusan di PPD Tengah.... syukur....anak didik seramai 36 org berjaya mendapat 5A. Tapi keputusan itu adalah merosot. Boleh dikatakan teruk jugak.....


No comments:

Post a Comment