Tuesday, November 20, 2012

bila ingat ~sakit jiwa

banjir lagi...
beginilah nasib kami....setiap kali hujan lebat yg berlarutan berjam-jam lamanya, air pun berebut-rebut nak masuk rumah kami. tak cukup masuk ikut pintu, ikut ruang bilik air juga....seperti biasa masuk dapur sahaja. (syukur disitu). 

beginilah nasib hidup menyewa...rumah ini merupakan rumah yang paling rendah di kwsn ini. rumah yg lain, semua dah upgrade jadi tinggi.

bukan menuduh, tapi kenyataan yg kami nampak. sejak rumah 2 tingkat 4 pintu tu siap (rumah sewa juga), belakang rumah kami, air membuak-buak masuk kwsn rumah ini. sebabnya, longkang tepi rumah mereka, telah ditutup. jadi air akan menuju kawasan yg rendah aka kwsn rmh kami. (perkara biasa kerana itu hak masing-masing di tanah sendiri)

dan juga jiran sebelah rumah turut menutup longkang sekeliling rumahnya dengan lepaan simen (dulu ada longkang), jadi air terjunan dari bumbung rumahnya terus sampai ke lepaan simen dan terus meluncur ke kwsn rumah kami yg lebih rendah dari rumahnya, kerana simen itu berakhir selari/sama paras dgn pagar jenis...(eh..jenis apa ya....ala...yg dawai hijau tu, yg silang pangkah tu....).
(saya berpesan pada diri saya, janganlah saya mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan batas kejiranan. sebab saya berkata begitu, kerana saya melihat, jiran ini tidak patut membiarkan air dari rumahnya memasuki rumah jiran. itu belum saya jelaskan bahawa air terjunan dari bumbung rumahnya yg bahagian tgh, terus mencurah ke dalam kwsn rumah saya. kiranya air itu terus mengenai sipi dinding rumah saya.)
nilailah diri kita...
walaupun, ini hanyalah rumah sewa saya sahaja,....,

alahai rumah....bila la nak siap......parah betul hati ini...
menunggu buah yg tidak gugur....sia-sia sahaja...
what to do.........................................................................

No comments:

Post a Comment