Tuesday, January 31, 2012

rentetan ................... stress

bukan la stress sangat pun. tapi amat terdesak dengan kehendak!
bila terdesak, jadi tekanan, bila menerima tekanan, stress la jugak jawabnya....hahhaa.... stress la jugak no (bila terfikir bab ni)

saya pernah menceritakan tentang ini. jadi inilah punca tekanan saya!


sekarang saya berada dipersimpangan dilema (mcm lagu nora la pulak).
kehendak diri saya, mahukan sebuah rumah! terasa amat rugi dengan menyewa rumah lama2.  sebenarnya, kami ada membeli rumah pertama selepas beberapa bulan berkahwin. nun kawasan berdekatan dengan en. jun kerja. sayakan guru, konon nanti boleh minta tukar.

masalahnya rumah itu slow..... mempunyai pekerja 3 org (untuk mengelak dari tindakan terbengkalai dari majlis perumahan (betul ka? ke bahagian perumahan? entah ....yg berkaitan la).
saya ada menceritakan disini.

dalam erti kata lain, rumah yang dibeli itu SEPATUTNYA SIAP 2008.
tapi hampa sahaja.

jadi,

kami telah bercadang untuk membeli rumah baru. kehendak hati saya dan keperluan ingin tinggal di tempat sekarang. demi pembelajaran anak2. senang hendak ke sekolah. (banyak kemudah dibandar ini dan value) dan mula terfikir jika jauh berulang alik, kepenatan akan melanda. dulu time beli, hanya fikir kesenangan ke tempat kerja, tak terfikir keperluan persekolahan anak2.

masalahnya, di bandar ini, harga rumah 2 tingkat rm250k keatas. rumah teres setingkat, hanya ada sedikit jauh dr bandar ini seperti di Bertam, Alma, bukit Minyak (dua tempat ini kawasan jalan sesak- jamm). masalah kedua, kami takut jadi seperti rumah pertama.

oleh itu,

saya juga mencari rumah secondhand. dah 3 kali kami cuba bila berjumpa dengan tempat yang bersesuaian. sebab2 tidak menjadi,
1. value yg dijual amat tinggi dr value sebenar (kami check di bank & bahagian perumahan kerajaan)
2. rumah lelong yg tidak sempat kami bida kerana tahu sangat akhir.
3. rumah lelong yg akhirnya dapat kepada orang lain kerana nilai terlalu tinggi (memandangkan keadaan rumah lelong-faham aje la...banyak kena buat)
saya ada cerita di sini dan sini.

jadi sekarang terasa sukar untuk mendapatkan rumah. yang mahu dijual banyak berharga rm300k ke atas. rumah teres biasa kebanyakan dibuat sewa.  nak beli rumah baru, takut.

ini masalah saya sekarang.
taman sungai dua utama ada membina fasa 2. rmh berharga rm250k. dah dijual pada okt 2011 yg lalu. masalahnya, saya dah check dengan bank, hanya bank bsn & public sahaja terima loan rmh ini. bank lain tak berani. sbb pemaju ini ada masalah?. entah lah.... masa jualan okt lps, tiada rumah contoh. hanya pamplet sahaja. tapak projek pun hanya dipagari sahaja. setelah 2 bulan, saya masih nmpk begitu juga. see... takutkan. pejabat pun diKL. di sini hanya buka side aje...bila2 boleh tutup. kini, sehari dua ini, saya mendapat tahu kawan sekerja 2 org membeli rmh ini. oh....saya tak keruan kerana saya memang nak rumah tu..... nak beli, tak nak  beli.... dah tanya pemaju, masih ada yg kosong. yg pasti lps ni hg rumah naik  lagi. projek ini milik perda yg sub kepada pemaju lain. bila difikir balik, kebarangkalian nak terbengkalai itu mungkin susah krn bawah perda, jika lewat pun, tak mungkin selewat rumah pertama itu. haruskah saya gamble beli aje taman sungai dua utama ini?

rmh secondhand susah juga nak jumpa yg berkenan dihati.

oh...setahun lebih saya mencari rumah!...setahun lebih. 

yang terkini, rumah pertama akan diambil alih oleh pemaju lain bagi menyiapkannya. alasan pemaju lama tak mahu siapkan sbb taknak bagi 10%. saya tak nak sign apa2 dah. kalau dia nak siapkan, semua rumah akan siap. malas kesah dah. (gerak kerja ini dilakukan oleh persatuan pembeli (kami buat komuniti ini dah lama...dah sampai meeting dgn menteri besar dah.).
jika siappun, saya rasa sukar hendak tinggal disana kerana memandangkan keperluan persekolahan anak2. dan juga KEHENDAK DIRI SAYA. nak jual pun sayang juga sbb taman tu semua rumah sebuah aka ada tanah.

dan juga kehendak saya nak membeli peralatan rumah tidak dapat diteruskan. ye lah. dok rmh sewa aje. anak2 pun tak ada katil. kesiankan...huhuhu...sedih... hanya bertilam sahaja dlm 1 bilik.
kehendak saya, bukan keperluan

kawan2 pembaca (jika ada) tolonglah bagi pandangan kepada saya.

1 comment:

  1. salam..hope awak dh dpt rumah yg dcari..sy atr pembeli taman sungai dua utama,tu pun nasib je sbb de pembeli loan x lps.terus sambar sbb tau dh mmg pyh nk dpt rumah baru skrg dgn rega yg kita mampu.lokasi pun kena mik kira..skrg rumah dh siap,tgu OC ..hope x lama sgt tgu nye

    ReplyDelete