Tuesday, January 10, 2012

Cara membeli rumah lelong!

Hari ini saya dan En. Jun ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Tujuan kami ke sana untuk cuba membeli rumah yang hendak di lelong! no 17, Lorong Pauh 5, Taman Pauh dengan harga lelongan rm135k.

Segala urusan telah dilakukan sebaik mungkin (sebaik mungkin kerana ada kisah sebelum ini...nnt saya cerita...). Urusan seperti membeli bank draf dgn harga rm13,500. Bersedia mental & fizikal!

Saya mengambil cuti rehat hari ini untuk ke sana. Mungkin orang pertama mengambil cuti rehat di SKSJ agaknya. Ya lah, sekolah baru 5 hari termasuk hari ini. hehehe...En. Jun pula mengambil cuti semalam kerana beliau kerja malam. Bermakna tak sempat pulang ke rumah jika bekerja. 9.++  baru sampai rmh!

Selepas menghantar Iman & Nuha ke sekolah masing-masing, kami berdua terus ke Mahkamah Tinggi. Al-maklum, takut lama dalam jam kat jalanan/jambatan. 

Sampai belum pun jam 9.00am. Lelongan akan bermula jam 10.30am. Tapi sebelum itu, perlu memasukkan dokumen yang menyatakan kita akan membida. Semua urusan ini dilakukan oleh agen. Sebab saya tahu rmh ini pun melalui agen.

Cerita "ada kisah" yang saya nyatakan di atas adalah, sebelum ini, ada 1 rumah taman ini juga hendak dilelong dengan harga rm185k. (bulan desember baru-baru ini~2011). Malangnya saya tidak tahu keadaan yang dikatakan perlu dilelong itu. Sehari sebelum dilelong baru saya call kembali agen. Rupanya saya perlu membayar  10% dari hr lelongan. So, mana sempat saya keluarkan wang rm18,500 ketika itu yang hanya 15min sahaja lagi jam 4 petang.  Keesokkan harinya saya perlu memasukkan kad pengenalan di mahkamah sebelum jam 10.00am. Setelah merancang sebaik mungkin, berfikir, menghitung dan pelbagai lagi...., nak ke bank di 2 tmpat, (ye la, kena korek duitkan.....mana la saya nak cekau 18k tu!), jadi mana sempat. Bank pun buka 9.15  paling awal. Nak masukkan IC lagi,..... akhirnya kami tidak pergi. Lagipun, fikir, kami tak ada cash nak bayar loyer nnt, renovate lagi. Agen kata kalau nak dengan harga 185k, xpergi pun tak apa sbb pasti akan naik lagi. badget rm200k...huhu...

Itulah cara nak beli rumah lelong. Sediakan 10% dari harga rumah atas nama bank yang melelong (bank draf), nnt jika harga naik, kita perlu selesaikan baki 10%  itu, pinjaman hanya boleh dilakukan dgn harga 90% baki sahaja. Tidak boleh lebih seperti yang biasa kita 'up' bila beli rumah baru bagi mendapatkan pinjaman lebih!. Segala urusan peguam perlu bayaran seperti biasa.... Rumah lelong, pasti kena renovate. perlu banyak duit cash tu. (oh....saya bukan penyimpang wang seperti kakak saya yg ada ratusK dlm bank. Saya hanya "penghabis duit"  ~mood menyesal sbb  tidak berjimat cermat). Lagi satu, seandainya kita mendapat rumah itu, perlu membayarnya (urusan loan dan pelbagai) perlu diselesaikan dalam masa 120 hari sahaja. Jika loan kena reject, @ tak dapat  bayar, akan 'burn' begitu sahaja duit 10% itu.... ada berani? Sbb itu kena tanya loan dulu sebelum nak beli.  Melainkan kalau anda duit banyak!.

to be continue...... dapatkah radziah AR & En. Jun membeli rumah itu?




No comments:

Post a Comment