semasa menunggu lelongan dilakukan, saya usyar la, mana2 org melayu yang ada & cuba "baca" mereka. saya menjangkakan, hanya orang melayu sahaja yang beli rumah itu kerana kawasan perumahan orang melayu. kalau ada pun, orang itu (keturunan selain melayu, sebab mereka nak buat duit~ lelong murah).
hasil "bacaan" saya, saya namakan seperti di bawah;
bida 1.
pasangan berpakaian smart (suami dia, siap kasut warnanya putih lagi, isteri nmpk macam tak kerja, tapi body langsing, so saya agak may be pemilik butik! ).
bida 2.
pasangan nampak biasa2 sahaja berdasarkan wajah, tubuh badan dan cara pemakaian.
bida 3.
sorang lelaki memakai seluar seperti technicion, tapi saya menjangkakan beliau mungkin kontraktor wiring @ sewaktu dengannya... maybe boss bahagian itu. beliau penduduk kawasan taman tersebut.
bida 4.
seorang pak cik yang telah pencen. (juga penduduk kawasan taman tersebut).
dua orang penduduk taman itu, bermaksud dah ada rumah, dah tentu mereka mahu buat aset.... kebetulan suami saya biasa nampak mereka dan tahu rmh mereka!
mulanya saya tak menjangkakan yg bida no 2 itu nak beli rumah yg sama. sbb ada beberapa lagi rumah yang dilelong hari tersebut.
jadi, saya takut dan nmpak peluang saya nak beli adalah tipis kerana yg lain itu tergolong dalam mereka yang banyak wang, termasuk pak cik pencen kan.....mesti duit berkepuk...huhuhu
ada beberapa kali, pihak agen (banyak agenkan) mahu menyelesaikan diluar (mahkamah) sahaja. yakni, letak berapa kita berani, bagi 1 orang sahaja masuk! bermakna kita akan dapat duit dari orang yang meletak duit itu. en. jun berkata dia nak lawan didalam (bilik lelongan). try and error! last dia desak kami juga. bertanya berapa nak letak? agen itu kata rm5k. tapi dikertas agen kami, dah beberapa kami nampak, ada yg letak rm3k, rm2k. en. jun tetap nak lawan . kami memang nak dapatkan rumah itu. cash saya bawa rm5k lebih juga. sbb agen kami kata, bawa la, kot2 kita tak perlu lawan. en. jun terus menyatakan pada agen kami, "i dah tau dia berani berapa, sbb tu dia berani bagi rm5k. (bagi kami, jumlah besar tu). bisik en. jun pada saya, orang itu berani dalam rm140 aje........ (rupanya orang itu adalah pembina no. 3 tapi time ni kami xtau siapa dia. yg bertanya hanya agen)
ketika menunggu, saya dah nak keluar air mata kerana saya fikir saya tak berpeluang mendapatkan rumah itu kerana melihat mereka-mereka tadi pasti duit banyak. so mereka akan meletakkan harga yang tinggi. tetapi bila difikirkan kembali, harapan seperti ada, sebab kami target untuk mendapatkan rumah itu juga dan setelah kami berbincang mengikut keperluan dan relevannya, kami menetapkan sehingga rm165k utk membida! telah menetapkan harga ini sebelum ke sana lagi!
huhuhu....lama tunggu....sebab pembida ramai, group lelongan kami paling akhir.....ramai rupanya.... siapa sangka, pembida sampai 21 orang... menurut kata agen2 lelong, ini paling ramai oooo..... saya bilang, melayu hanya ada 5 termasuk kami.... yg lain tu semua berketurunan cina. agen lelong pun masuk sekali, yakni, mereka pun beli bank draf yg berharga rm13,500 tu. mereka masuk untuk ajar orang yang nak beli dibawah agensi mereka.
kalau ya pun, baru berapa!... ini ramai, pada saya ;
1. mereka (bangsa cina) yang lain cuba untuk dptkan rmh itu & kemudian renovate & untuk dijual semula, kerana hr lelongan murah!
2. geng agensi lelong juga masuk kerana mahu ganggu / untuk menaikkan harga lelongan, memandangkan ada 5 org melayu!
rasionalnya ;
1. pembidaan bermula dengan rm140k. tu pun dah naik rm5k.
2. setiap kali bida, agen lelong menetapkan naik rm5k. (banyak tu)
dan bidaan pun bermula....
agen bermula dengan rm140k, semua orang sudah senyap, huh, nak dapat dengan harga murah, tak dak la... pembida no 3 mengangkat tangan, bermakna sudah rm145k, (tapi dia asyik tengok kami aje, agaknya saingan dia kot.....hehehe....saya pun anggap dia dan pembida lain sebagai saingan,... kecuali bida no 2!) (teruknya saya sbb pandang rendah pada dia!... maaf ye...). oopppsss...lupa, time jurulelong menyatakan bidaan bermula dengan rm140k, pembida no. 2 berada di belakang kami. mereka bersoksek soksek (berbisik) "macamana ni nak beli... dah naik smpai 140".
juru lelong bertanya, siapa mahu bida?, en. jun mengangkat no. dia (no. ke-16 orang) (setiap orang yang masuk untuk bidaan yang mendaftar aka bayar rm13,500 tu,kira pembida berdaftar, diberi nombor. sekiranya tidak berdaftar, tidak dibenarkan masuk, kecuali suami isteri). ketika itu, orang belakang pun angkat juga. juru lelong bertanya kepada mereka, jadi, sekarang sudah berharga rm150k. bila juru lelong bertanya semula pada kami, en. jun pun angkat. jadi rm155k dah. ... dan orang belakang pun angkat. jadi rm160. en. jun terus angkat lagi... naik jadi rm165k. juru lelong bertanya siapa lagi?!... rm165k satu, rm165k dua,... orang belakang terus angkat jadi, rm170k. "huh, teruk betul! camana ni papa?. ..saya fikir, saya nak tempat tu. rumah kawasan tersebut, pandang memandang, jadi, en. jun pun angkat tangan. jadi rm175k. (masih dalam kawalan loan kami...dan boleh lebih lagi....) orang belakang angkat juga.... rm180k.... ohhhh.... kami serender bila kami fikir tak berbaloi dengan kami yang ada cash ciput aje. tak berbaloi membeli rumah yang kena buat semula memandangkan dah banyak rosak. bila juru lelong tuju pertanyaan kepada kami, terus en. jun geleng! so si orang belakang (pembina) dapat rumah yang dilelong dgn harga rm180k dari harga asal rm135k shj. rezeki dia, bukan rezeki kami.
rupanya yang dibelakang itu, bkn org yang nak beli, tapi hanya agen yang menerima wakilnya. juga bukan mereka yang saya 'baca'/iqrab (bahsa arab).......
sedih tapi kami puas hati kerana kami dah cuba bida lbh sampai rm40k. tak berbaloi dengan bidaan yg tinggi dan rumah nak kena renovate banyak. cuma org berduit seperti orang belakang yang dapat tu, sbb banyak duit cash, tak apa la. (agaknya la...tak kan dia berani sebegitu sekali). harga pasaran dlm rm240k kawasan itu. dia dapat rm180k ok la. tapi bagi kami xda cash, cukup berpuas hati kerana telah cuba, dan orang itu pasti sedikit geram dengan kami kerana dgn bidaan kami, dia terpaksa membayar lebih (rm30k dgn bidaan kami shj).
apabila keluar, masing-masing agen berkata, "gila wooo, beli rmh lelong bida sampai begitu banyak" tak berbaloi. sampai cian-cina agen tu tabik la kat kami dan berkata, "nasib u tak lawan lagi. rugi ooo".
kami pun dan congak la! (dah berfikir seminggu sblm itu).
yang lawaknya, 1 agensi lelong (en.jun kata pej. di seb. jaya, sbb dia biasa lihat mereka), betul-betul lepaskan geram, kerana rumah ni, masa mereka lelong sebelum ini,siapapun tak masuk bida. masa tu rm155k. bermakna tak dapat duit la. tu yang dilelong sekali lagi, dan juru lelong lain pula.
kesimpulan 1,
bida 1.
bida 2.
bida 3.
bida 4.
hanya 1 yang betul "bacaan" saya, lain salah....hahhaha.....bida no. 1 bida no. 3 dan bida no. 4 salah tekaan/bacaan saya. bida no. 2, mungkin betul, berdasarkan soksek mereka itu.
mereka tak berani langsung bila agen letak rm140k. cuma pembida 3 sahaja letak 145. itu pun saya nmpak dia teragak dan asyik memandang kami.
hanya kami dan orang belakang yg membida......cina-cina tu semua hampeh je sbb kerana mereka meramaikan, bidaan dilakukan dengan hr yang tinggi. (itu yg saya kata mereka ganggu yang saya syakki dr agensi juru lelong). saya pasti, cina mmg tak nak rmh ni kerana totally 100% kawasan melayu dan geran pajakan 99 tahun shj w/pun lambat lagi. diakui oleh agen kami...
en. jun tertanya-tanya...."siapalah azmi bin merab tu".
kesimpulan 2,
juru lelong juga untung kerana dapat lelong dengan harga yang tinggi dan pasti 'persen' (%) pun tinggi
kesimpulan 3.
kami berpuas hati kerana cuba......
tapi teramat sedih kerana nak dapat kawasan itu bukannya senang!. ( rumah baru udaland buat ada la, rm300k -rm400k ke atas.
malamnya saya menangis seorang diri (en. jun kerja malam), kenapa susah sangat apa yang saya hajati nak dapat. saya seperti dah tahu dan boleh baca kehidupan saya. apa yang saya nak, tak dapat. yang saya tak nak tu saya dapat. dan saya amat takut kerana Allah uji saya, bermakna mungkin ujian lebih besar akan berlaku.....
sudah keras hati ini untuk meratapi.... saya gamble aje sekarang!....
sebenarnya lebih setahun saya mencari rumah...dalam erti kata kehulu ke hilir mencari...rumah taman baru, rumah yg hendak dijual, tanah lot, skrg rumah lelong.
note : cara kami mencari....
Salam. Kak Razdiah, seronok baca entri akak ni. Rasa berdebar2 macam kte pulak yg pergi bidding. hahaha. Sy ni nak pergi bid esok, tu yg google psl ni.. Apapepun, salam perkenalan.
ReplyDelete-wanie