jam 7.35pm |
malam tadi gerhana bulan.
syukur, alhamdulillah....
solat gerhana:
Niatnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat
mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku
solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat
seorang diri)
Cara-cara
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya
sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di
dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di
Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
Pelaksanaan
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan
suara ; manakala gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan dikuatkan
suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama: Cara yang paling ringkas. Iaitu
hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur
atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua: Disebut dengan “ ال أدنى ” iaitu
hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua
ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan
surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah
dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas
selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian
ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca
al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’
kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila
selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang
pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
Cara Ketiga: Cara yang paling sempurna. Caranya
adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana
surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga
tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang
kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah
bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam
ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50
ayat.
Waktu
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Aturan
- Disunatkan mandi sebelum solat.
- Bilal menyeru ” الص ـل ة ج امـ ع ة “
- Berdiri lurus mengadap kiblat.
- Berniat mengerjakan solat gerhana
- Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
- Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
- Baca al-Fatihah dan Surah.
- Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
- Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
- Baca al-Fatihah dan Surah.
- Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
- Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
- Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
- Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).
Ingatan
- Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
- Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
- Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring (جـهر)
saya copy paste ya..... kredit to ...di atas
No comments:
Post a Comment