Wednesday, December 21, 2011

beringat sebelum sakit

saya rasa ada sesuatu yg tidak kena dengan diri saya.

sejak awal disember, saya asyik sakit. sebab saya amat terasa adalah kerana, saya ni bukan jenis yang selalu sakit specially demam.

cuma 2 tahun kebelakangan ini, saya migraine! saya terlalu fokus kerja, kerenah anak2 membesar yg membuatkan saya terjerit2 setiap hari... itu pasal migraine! stress.

sejak disember ini, bermula saya demam time pergi bercuti di CH, mujur keesokan paginya dah kira ok. so meronda CH sakan. balik, semasa dalam kereta, pening melanda. macam orang mabuk naik kereta. padahal, saya boleh tahan dengan jalan bengkang bengkok sebelum ini. semasa meronda di sana, tika saya berada ditepi lereng tempat park kereta, melihat lurah dan lereng serta gaung, terus kepala berpusing. pening. oh, momentum dah tiada agaknya (org panggil apa ya situasi ini : mcm tahap ketahanan diri menerima tekanan tu). balik badan tak sihat betul... batuk melanda diselang seli dengan demam sekejap2. lps makan ubat, tidur, dah baik.... sekarang batuk dah berkurang, tapi minggu ini saya masih rasa tak sihat. kadang2 pening tanpa sbb, kadang2 letih.

hari ini, bangun pagi, ok ja. balik hantar iman dr school dia, mula terasa seram sejuk. satu badan seram sejuk. nak sentuh apa pun terasa seriau. dah makan ubat tadi, tapi still terasa.... badan pun sakit2...

saya dah mula memikirkan sebarang kemungkinan... (sebelum ni dah terfikir.....cuma sedapkan hati, maybe usia dah berganjak....)

adakah kesan tidak baik hasil dari saya pergi terapi yang 1jam rm5 tu? saya ke terapi tu sblm ke CH  1 kali, balik dr CH tu, sekali lagi....baru 2 kali, sekiranya kesan sampingan yang kita akan terasa sebagai tindak balas atas penyakit yang kita ada, takkan sampai 15 hari...belum hilang....

oh...takutnya saya....

sekadar hiasan



 



1 comment: