Semoga kita semua dapat berpuasa dengan penuh keberkatan pahalanya....
(merebut peluang yang ada dan mengumpul sebanyak mungkin pahala).
Zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang pada tahun 2011 ini adalah sebanyak RM7.00.
bacalah ini :
GEORGE TOWN: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menetapkan kadar
zakat fitrah di negeri ini adalah sebanyak RM7 seorang atau segantang
beras (2.8kg).
Yang Dipertuanya Ellias Zakaria berkata kadar itu dikekalkan selama
tiga tahun berturut-turut setelah mengambil kira kedudukan harga semasa
beras ketika ini.
"Bagi memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah, MAIPP telah melantik seramai 1,645 amil yang akan bertanggungjawab melaksanakan urusan tersebut sepanjang bulan puasa ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Katanya, MAIPP mensasarkan sebanyak RM5 juta zakat fitrah bagi tahun ini berbanding RM4 juta tahun lepas.
Beliau berkata, bayaran zakat fitrah itu boleh dibuat di masjid dan surau negeri ini termasuk di kompleks beli-belah yang turut menyediakan Amil Zakat. - Bernama
Bagaimana pendapat rakan-rakan sekelian berkaitan keadaan di bawah :
Di rumah, saya memasak menggunakan beras Herba Ponni Tajmahal Faiza. Beras ini berharga RM35.80 / 5kg. Kalau beras biasa yang 5% hancur tu, berharga RM25.90 / 10kg ( harga utk beras Jati ) Jadi, adakah saya perlu mengeluarkan dengan harga yang lebih dr RM7? Rasanya saya pernah mendengar org berkata-kata, jika kita menggunakan beras yang lebih mahal dalam tempoh yang berpanjangan (may be dekat setahun), kita perlu mengeluarkan dengan harga yang lebih juga? Masalah sekarang, jika ya, berapakah yang perlu di bayar zakat fitrah ini? Bukan apa, takut fitrah yang dikeluarkan itu, tidak mencukupi!
Rakan-rakan semua, apa pandangan anda?
No comments:
Post a Comment