Hari ini hari ke-3 anak-anak tiada di rumah. Mereka bermalam di rumah Mak Njang mereka. Ada Abang Chaq dan Abang Haziq boleh bawak mereka p kedai, ronda....ada Kak Aina boleh ajaq melukis dan mewarna, ada Kak Thirah boleh main-main.... boleh pergi rumah Mak Tam juga dan ajak jalan-jalan. ....seronok la tu dapat bebas dari leteran umi....ngeh3x...
Nak sangat la dua orang tu kalau nak p rumah Mak Njang, Mak Ndak, Mak Tam...atau rumah sesiapa saja. Nuha tu sampai tak nak balik dari kampung nak duduk dengan Pak Su, walaupun rumah kampung hanya ada Pak Su sorang (belum kawin). Bila dapat main, kan main seronok lagi...kat Siakap ni, mana ada kawan. Tak dapat pun main-main dgn kawan. Dulu kat Jalan Baru, ramai kawan. Petang-petang pakat keluar rumah naik basikal. Kat sini, jalan Lengkok Siakap dan Persiaran Siakap jalan yg digunakan oleh ramai orang untuk masuk Lengkok yg lain. Tak dapat la nak main luar rumah. Mujur corner lot. Tanah yg ada cukup luas untuk main...Kadang-kadang main boling padang. Itu aje. Habis sangat melompat je mereka. Bila umi di luar belai pokok, tak naknya mereka keluar. Mereka lebih rela main kat dalam rumah.... tu bila dapat pergi rumah cousin, bukan main seronok. Semua orang layan mereka. Hari pertama cuti dah p rumah Mak Tam.
Bila dah berdua, kami pun luangkan masa yg berharga ini. Kelmarin kami pergi Penang. Habis shopping mall kami redah. Seawal pagi dah sarapan+lunch di Jalan Pinang. Kedai ni tak da nama. Sangat sedap. Nasi merah, nasi tomato, nasi beriani, dengan lauk yg sangat sedap, tapi berapi sbb banyak rempah ratus....kedai depan rumah. Kami tahu hasil mamu penang bagitau. Perniagaan keluarga rasanya. Mami Penang, bukan mamak tau. Ada beza tu, faham-faham lah...
Lepas tu kami ukur setiap lorong di Roopwalk. Semua lorong kami lalui. Dari pintu dekat jual air tebu best sampai penghujung jual buah. Tujuan nak beli buah. En. Jun dapat ikan laga 1. Beli boxer (betul ke ejaannya) kat anak2, sorang 3 helai. Beli pemotong pokok secondhand rm10. Jadik lah....eh, nak potong pokok apa ye? Beli bateri smart pen utk Nuha banyak2 siap2 (eh, lebihan penekanan di situ...dah banyak, ganda pulak perkataan tu...hehhe). Beli buah pisang kaki banyaaaaaakkkkk, limau, epal dan plum. Musim pisang kaki agaknya sekarang. Sejak tengok banyak dijual di market BM hari tu, tu yg nak ke Roopwalk. Nak cari pisang kaki. Saya siap bawa air untuk basuh. Makan dalam kereta saja 3 biji.
Lepas tu kami ke 1st Avenue dan Prangin Mall. Cari/survey barang sekolah Iman. Beli kotak pencil yg macam dia nak, bekas/botol air dan kena beli jugak kat adik. Kami beli sbb dapat murah dari seberang. Kemudian kami singgah GAMA. Saya tak pernah seumur hidup jejak kaki ke sini. Masuk aje jumpa t-shirt anak-anak murah. Terus ambik 4 helai (sorang 2). Jenama power puff. Sangat berbaloi dgn harga dan kualiti. Kualitinya boleh lah. Sebab sgt murah. 70%. Nuha juga dapat baju jaket (baju sejuk). Lepas tu jumpa Jenama Canimal. Ala, kartun dalam tv tu. Sebelum ni tak pernah jumpa jenama ni. So ambik lagi 2 helai. Kartun di baju sangat comelllll.
Kemudian kami ke Bukit Jambul dan Sunshine. Cari barang sekolah lagi. Di Bukit Jambul, beli baju sekolah, stokin dan beberapa barang lagi. Sampai Seberang Jaya, singgah buat foot reflexology kat Chai Leng Park. Kaki saya sangat lenguh. Lega rasanya bila dapat rendam kaki dalam air panas dan bila diurut, fuh, sedap sangat. En. Jun rendam kaki kat luar aje. Lepas tu pergi bayar bil rumah dan bil-bil lain di Bagan. Sampai rumah dah pukul 10 malam. Huh...letihnya....
Syukur sekurang-kurang dapat jugak beli barang keperluan sekolah Iman. Kalau ada mereka, banyak la perangainya... susah nak membeli.
Yang sebenarnya, nak cerita perkara di bawah ini dalam entry ni.....la...mcmana boleh melalut pulak?
Mulanya saya ingat nak ajak En. Jun makan Nandos malam sebelumnya, tapi teringat anak-anak tak makan, so tak jadi la.... pi Penang, nak makan itu ini, semua ingat anak..."tak jadilah...nanti kita bawak mereka sekali". Sepanjang mereka tiada, (baru 3 hari), tak rindu sgt pun, biasa aje, saya aman dan ada masa untuk diri sendiri, tapi setiap perlakuan dan perbuatan terbayang mereka, apa yg dirancang diketepikan kerana mereka tiada. Macam tak boleh nak p...kata orang. Nak makan kat Seoul Garden, nanti lah...tunggu bawak mereka... nak naik Penang Hill berdua konon....tunggulah, nanti kita bawak mereka baru seronok...
Yang tersiratnya, hati ibu dan bapa, sentiasa mendahului anak-anak....touching kejap....walaupun nak buat sesuatu tanpa gangguan dari mereka, tapi macam tak boleh telan semua tu, sanggup ada anak-anak, walaupun kekadang terpaksa melayan kerenah mereka.
Pagi ni, saya keseorangan. En. Jun kerja. Esok awal pagi balik kg. Kawan En. Jun akad nikah. 3@4 hari di kampung. Tapi Isnin Nuha dah mula sekolah. Kalau tak balik lagi, saya cutikan dia sehari dua lagi....buat macam sekolah sendiri...hehehee
sampai ke maksud apa yg nak saya cerita kan di sini? .... cara ganas...."belasah je lah"....
No comments:
Post a Comment