Tuesday, November 24, 2015

Iman & Izzaz


Alhamdulillah... sepanjang tahun ini, anak2 menunjukkan kecemerlangan. Walaupun Nuha jatuh pada peperiksaan pertengahan tahun, tapi pencapaian memuaskan.....syukur alhamdulillah

Izzaz Nuha

Sekolah Nuha 4 kali periksa. Ujian prestasi utk ujian bulanan manakala Peperiksaan PKSR untuk pertengahan tahun dan akhir tahun.
Ujian Prestasi 1 ~100% (400/400 markah)
Peperiksaan Pertengan Tahun ~97.75% (walaupun jatuh, dpt no 7, tp peratus masih tinggi ... 391/400 markah)
Ujian Prestasi 2 ~99.5% (398/400 markah)
Peperiksaan Akhir Tahun ~ 99% (396/400 markah)
Nuha berjaya menempatkan dirinya nombor pertama dalam aliran /191 org...alhamdulillah...

ALHAMDULILLAH.... jadikan ia sebagai semangat untuk meneruskan kecemerlangan ... jgn sesekali menabik dada dgn kejayaan ini...ini hanyalah permulaan...masih panjang permulaannya...

Tahap bacaan Nilam ~gangsa


Iman Haziqah

Sekolah Iman pula hanya dua kali periksaan iaitu pertengahan tahun dan akhir tahun.

Peperiksaan Pertengahan tahun ~ 91% (364/400 markah) banyak hilang markah tu...
Peperiksaan Akhir tahun ~ 98% (392/400 markah) 
Kedua-duanya mendapat no.2.....sayangnya pada peperiksaan akhir, Beza markah dgn kawan yg dpt no 1, hanyalah 0.25 ....Iman dpt markah 392 dgn 98% dan kawan yg dpt no 1 dpt markah 393 dgn 98.25% --1 markah ja lebih....)

Syukur juga kehadrat ilahi...bilamana Iman akan kembali bertukar ke sekolah lama...(pada tahun hdpn)  peratusnya melepasi murid di SKSJ ... murid SKSJ yg tertinggi memperolehi 94.75....

Note : Sekadar melakarkan memori indah untuk tatapan masa hadapan....janganlah salah anggap utk menabik dada atau kompang dgn kejayaan tak seberapa ini...tambahan pula baru anak kecik...saya sedar anak lain ramai lagi yg penuh dgn kejayaan cemerlang... sekali lagi...hanya untuk memori indah...

syukur alhamdulillah padaMu ya allah...berilah rahmat dan kurniakanlah rezeki yg melimpah ruah untuk anak-anak ini...semoga mereka menjadi anak yg solehah...amiin...

nikmat mana yang harus kudustai...

Tahniah kakak dan adik !!!


1 comment: