Tuesday, March 31, 2015

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Atas kurnia rahmatmu ya Allah pada kami

Sekadar berkongsi kegembiraan dan memori indah

Anakanda ke-2 saya iaitu Nuha telah menghadapi ujian bulanan yang pertama. Dan hasilnya menggembirakan....berbaloi usaha, kerahan, gertakan, kebisingan, kekerasan (paksa buat latihan), dan yang tak sedap....ponteng kelas kafa....
Konon kalau pergi kelas kafa tak sempat nak buat revision. Balik kelas kafa 6.30ptg...mandi, makan, mengantuk...homework lagi...jadi umi cutikan kelas kafa sepanjang minggu exam....

Dan inilah hasilnya.....


Alhamdulillah...

note : hanya berkongsi kegembiraan...bukan utk berbangga...dan semoga ianya berterusan dengan kejayaan begini...

harus umi ingat...ini baru permulaan...bukan penentu masa depan lagi...perlu lebih berusaha dan terus berusaha dengan gigih....

Anakanda sulung iaitu Haziqah  tidak ada ujian bulanan. Khabarnya bulan mei/jun nanti baru ada peperiksaan.

Haziqah sekarang telah bertukar sekolah. Tidak sama dengan Nuha. Nuha tahun 1 di sekolah lama Haziqah. Manakala Haziqah bersekolah di sekolah lain kerana tahun 2 sesi petang. Jadi saya tukarkan dia ke sekolah berdekatan rumah. Sesi pagi. Dapat lah pergi kafa....

Semoga Allah terus memberi rahmatNya pada kami sekeluarga!

Amin  amin ya rabbal a'lamin

2 comments:

  1. bknya pandai mana pun atin...tapi alhamdulillah lah...semoga nuha terus bersemangat utk belajar.....sbnrnya nuha ni mcm lelaki kot...belajar sekejap ja...pastu buat hal sbb boring...

    ReplyDelete